Bantuan Kanak-Kanak dari RM150 hingga RM1,000 sebulan: Syarat-syarat & cara memohon

Kerajaan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah memperkenalkan beberapa buah inisiatif bagi membantu golongan yang memerlukan dan tidak bernasib baik. Ia juga merangkumi semua peringkat umur, tidak kira tua mahupun muda.

Selaras dengan prinsip berkenaan, JKM telah memperkenalkan Bantuan Kanak-Kanak (BKK) khusus bagi membantu kanak-kanak yang memerlukan. Antara tujuan utama bantuan adalah:

  • Membantu keluarga/penjaga kepada anak/kanak-kanak atau membantu anak/kanak-kanak yang tiada/kehilangan penjaga supaya dapat terus tinggal bersama keluarga dan meneruskan kelangsungan hidup tanpa menjejaskan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak mengikut peringkatnya.
  • Membantu memelihara dan memperkukuhkan institusi keluarga yang terlibat dalam memberi jagaan sempurna kepada kanak-kanak termasuk kasih sayang dan perhatian.

 

Syarat-syarat kelayakan BKK

Bagi setiap permohonan, JKM akan menilai sekiranya pemohon memenuhi kelayakan seperti berikut:

  • Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  • Keluarga/penjaga yang memberi jagaan kepada kanak-kanak dan pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata  Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa;
  • Kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun dan yang berumur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga tamat menengah atas; ATAU
  • Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat (KPKM).

 

Dimaklumkan juga bahawa pelaksanaan bantuan kebajikan ini adalah selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri, yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah Senarai 3 – Jadual Kesembilan Senarai Perundangan.

Cara memohon:

Bagi yang ingin membuat permohonan, ia boleh dibuat dengan pergi ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian tempat pemohon tinggal. Pemohon juga boleh mengisi borang permohonan terlebih dahulu, muat turun DI SINI.

Bagi memudahkan lagi urusan permohonan, pemohon digalakkan untuk mengemukakan dokumen-dokumen sokongan ketika hadir ke pejabat JKM. Ia termasuklah seperti salinan Kad Pengenalan diri pemohon, salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama, salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama, salinan penyata gaji (jika ada) dan lain-lain dokumen yang berkaitan.

Permohonan turut boleh dibuat secara atas talian di laman: eBantuanJKM.

Bagi maklumat bantuan secara terperinci, boleh KLIK SINI untuk maklumat lanjut.

_____

Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021

ARTIKEL BERKAITAN

Senarai Penuh Penerima RM100 Dalam MyKad Setiap Bulan Tahun Ini (2025): Cara Semak Bantuan SARA

Senarai Penuh Penerima RM100 Dalam MyKad Setiap Bulan Tahun Ini (2025): Cara Semak Bantuan SARA

Golongan B40 atau 40% isi rumah berpendapatan terendah di Malaysia. Dalam konteks ekonomi negara, mereka adalah kumpulan yang paling terkesan…
Pelbagai Jawatan Kosong Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK): Gaji RM2,265 - RM6,680

Pelbagai Jawatan Kosong Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK): Gaji RM2,265 - RM6,680

Pada ketika ini, Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang…
STR Fasa 1 Mula Dikreditkan Ke Akaun Hari Ini (22 Januari 2025): Jumlah Bayaran Isi Rumah, Bujang & Warga Emas

STR Fasa 1 Mula Dikreditkan Ke Akaun Hari Ini (22 Januari 2025): Jumlah Bayaran Isi Rumah, Bujang & Warga Emas

Golongan B40 dan M40 merupakan dua kumpulan utama dalam kategori pendapatan di Malaysia yang sering menjadi tumpuan dalam pelbagai dasar…