bantuan kanak-kanak

Bantuan Kanak-Kanak RM1,000 sebulan: Cara memohon dan syarat-syarat kelayakan

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri. Antaranya adalah bantuan-bantuan yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2024 oleh Kerajaan Persekutuan.

Bantuan-bantuan ini bertujuan untuk membantu mereka yang memerlukan sama ada dari kalangan mereka berpendapatan rendah (B40) atau sederhana (M40). Ia termasuklah dengan Bantuan Kanak-Kanak di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Berikut adalah penjelasan lanjut berkenaan bantuan ini: –

Bantuan Kanak-Kanak

Pihak Kerajaan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat telah memperkenalkan sebuah bantuan bulanan yang dikenali sebagai Bantuan Kanak-Kanak. Bantuan kewangan di bawah Belanjawan 2024 ini diberikan kepada keluarga/penjaga kepada anak/kanak-kanak atau membantu anak/kanak-kanak yang tiada/kehilangan penjaga bertujuan untuk terus tinggal bersama keluarga dan meneruskan kelangsungan hidup tanpa menjejaskan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak mengikut peringkatnya.

Kadar bantuan ini pula adalah sebanyak minima RM150 sebulan dan maksimum RM1,000 sebulan:

  • RM200: Umur 6 tahun dan kebawah
  • RM150: Umur 7 tahun hingga 18 tahun
  • RM1,000: Kadar maksimum untuk keluarga

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  • Keluarga/penjaga yang memberi jagaan kepada kanak-kanak dan pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa;
  • Kanak-kanak berumur 18 tahun ke bawah;
  • Remaja berumur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga tamat menengah atas.

 

Dimaklumkan juga bahawa pelaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri, yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah Senarai 3 – Jadual Kesembilan Senarai Perundangan.

Cara Memohon

Bagi yang menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan Bantuan Kanak-Kanak ini hendaklah dibuat dengan mengisi Borang Permohonan Bantuan JKM yang boleh didapati di portal rasmi JKM atau di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian di seluruh negara.

Borang itu kemudiannya perlu dihantar di Pejabat Kebajikan Masyarakat. Bagi memudahkan urusan pentadbiran, pemohon turut diminta untuk membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian seperti berikut:

  • Salinan Kad Pengenalan diri pemohon;
  • Salinan Kad Pengenalan suami/isteri/ibu/bapa/anak yang tinggal bersama;
  • Salinan sijil kelahiran anak-anak/ahli keluarga yang tinggal bersama;
  • Salinan penyata gaji (jika ada);
  • Lain-lain dokumen yang berkaitan.

 

Setiap permohonan seterusnya  akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon. Perkara ini  adalah bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.

Untuk mereka yang ingin mengemukakan permohonan dan maklumat lebih lanjut berkenaan bantuan ini, ia boleh dirujuk di Portal Rasmi JKM – DI SINI.

Dalam masa sama, pihak JKM juga ada memperkenalkan Bantuan Anak Pelihara (BAP). Bantuan ini bertujuan untuk membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik, yatim/yatim piatu, tidak mempunyai saudara-mara supaya terus tinggal di dalam masyarakat bersama-sama dengan keluarga pelihara.

Ia juga untuk meringankan tanggungan keluarga pelihara yang sanggup menjaga anak-anak pelihara seperti anak sendiri. Kadar Bantuan Anak Pelihara yang ditetapkan adalah sebanyak RM250 sebulan seorang kanak-kanak dan maksimum RM500 sebulan sekeluarga yang memelihara 2 orang kanak-kanak atau lebih.

Syarat-syarat kelayakannya pula adalah seperti di bawah:

  • Keluarga yang sedang memberi jagaan kepada anak/kanak-kanak seperti berikut:
    • Kanak-kanak berumur bawah 18 tahun;
    • Kanak-kanak yang tidak mempunyai ibu bapa;
    • Kanak-kanak bukan diambil sebagai anak angkat menerusi Akta Pengangkatan 1952 atau Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952; atau
    • Kanak-kanak tinggal bersama dengan keluarga pelihara melalui:
      • Kanak-kanak yang diambil dari “Program Anak Pelihara” yang dikendalikan oleh JKM; atau
      • Kanak-kanak yang dipelihara di bawah perintah Mahkamah Bagi Kanak-Kanak mengikut Akta Kanak-Kanak 2001.

 

Maklumat lengkap tentang bantuan ini sila rujuk di Portal Rasmi JKM (DI SINI).

 

ARTIKEL BERKAITAN

Pengeluaran penuh Akaun 1 dan Akaun 2 KWSP 2024: Syarat-syarat & Cara Memohon

Pengeluaran penuh Akaun 1 dan Akaun 2 KWSP 2024: Syarat-syarat & Cara Memohon

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan…
LADA buka banyak jawatan kosong, ambilan Julai 2024: Minima PMR/SPM, Gaji sehingga RM9,585

LADA buka banyak jawatan kosong, ambilan Julai 2024: Minima PMR/SPM, Gaji sehingga RM9,585

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) kini sedang membuka pengambilan banyakJ jawatan kosong bagi melancarkan…
Bantuan RM250 Sekaligus (one-off): Syarat-Syarat, Borang Permohonan & Cara Memohon

Bantuan RM250 Sekaligus (one-off): Syarat-Syarat, Borang Permohonan & Cara Memohon

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat…