Bantuan Kehilangan Pekerjaan ‘one-off’ RM300 ~ Permohonan dibuka sehingga 30 Julai 2021

Akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP 3.0), pihak kerajaan negeri Negeri Sembilan telah pun meluluskan peruntukan sebanyak RM3.0 juta bagi membantu mereka yang terjejas.

Ia termasuklah dengan menyalurkan bantuan sebanyak RM300 secara ‘one-off’ kepada mereka yang kehilangan pendapatan melalui program Bantuan Kehilangan Pekerjaan.

Berikut adalah maklumat program bantuan berkenaan:-

Syarat-syarat kelayakan

  • Pemohon adalah Warganegara Malaysia yang menetap di Negeri Sembilan; DAN
  • Kehilangan pekerjaan akibat daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)  dalam tahun 2021; DAN
  • Pemohon masih belum mendapat sebarang pekerjaan semasa permohonan dikemukakan.

Cara pembayaran

Bagi permohonan yang diluluskan, bantuan bekenaan akan disalurkan secara Electronic Fund Transfer (EFT) kepada pemohon dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh kelulusan permohonan.

Cara memohon

Bagi yang ingin memohon, permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) melalui aplikasi/portal: N9.Digital.

Pemohon disarankan untuk melengkapkan maklumat permohonan dengan tepat dan benar bagi memudahkan urusan permohonan. Pemohon juga perlu melampirkan beberapa dokumen sokongan seperti:

  • Salinan kad pengenalan pemohon;
  • Salinan Sijil Nikah/Cerai/Kematian (yang mana berkaitan);
  • Surat pemberhentian kerja dari majikan;
  • Salinan penyata bank/muka depan buku akaun.

 

Pihak kerajaan negeri berhak untuk memutuskan bantuan berdasarkan dokumentasi yang dikemukakan atau menolak permohonan yang tidak menepati syarat-syarat yang ditetapkan.

Permohonan dibuka sehingga 30 JULAI 2021.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Permohonan Rumah PPR 2025 Masih Dibuka: Syarat-Syarat Kelayakan dan Cara Memohon

Permohonan Rumah PPR 2025 Masih Dibuka: Syarat-Syarat Kelayakan dan Cara Memohon

Memiliki sebuah rumah sendiri adalah impian hampir setiap individu. Bagi golongan B40, yang merupakan kumpulan pendapatan isi rumah terendah di…
Jawatan Kosong Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) 2025: Gaji RM2,250.00 - RM11,110

Jawatan Kosong Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) 2025: Gaji RM2,250.00 - RM11,110

Pada ketika ini, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…
Jawatan Kosong MRSM, Pengambilan Jun - Julai 2025: Tawaran Gaji RM100/Sehari

Jawatan Kosong MRSM, Pengambilan Jun - Julai 2025: Tawaran Gaji RM100/Sehari

Pada ketika ini, Maktab Rendah Sains Mara Betong, Sarawak (MRSM Betong) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan…