Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) RM500 akan mula dibayar pada Oktober 2021

Seperti mana yang kita sedia maklum, kerajaan melalui Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) telah memperkenalkan pelbagai jenis bantuan bagi meringankan beban mereka yang terjejas.

Ia termasuklah memperkenalkan Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) sebanyak RM500 secara ‘one-off’ kepada mereka yang kehilangan pendapatan.

Berdasarkan kenyataan daripada Timbalan Menteri Kewangan I, YB Shahar Abdullah – pembayaran melibatkan peruntukan sebanyak RM500 juta akan disalurkan kepada mereka yang kehilangan pendapat bermula pada bulan Oktober 2021 ini.

“Bantuan Kehilangan Pendapatan (atau BKP) sebanyak 500 ringgit kepada pekerja yang kehilangan sumber pendapatan berdasarkan data KWSP atau PERKESO dalam tahun 2021 dengan implikasi kewangan sebanyak 500 juta ringgit pula dijangka disalurkan kepada penerima yang layak pada bulan Oktober kelak.” – YB Shahar Abdullah.

Akan tetapi, tarikh rasmi pembayaran BKP masih belum diumumkan oleh pihak kerajaan, dan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Kaedah Pelaksanaan

Berkenaan dengan BKP ini nanti, ia tidak melibatkan sebarang permohonan – sebaliknya akan ditentukan berdasarkan semakan silang data KWSP dan PERKESO bagi mengenalpasti mereka yang kehilangan pendapatan berkenaan.

Oleh itu, kepada mereka yang telah kehilangan pendapatan dan data mereka direkodkan oleh pihak LHDN serta PERKESO, mereka bakal menerima bantuan RM500 ini.

Maklumat lanjut berkenaan bantuan-bantuan lain yang diperkenalkan melalui PEMULIH juga boleh dirujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong Koperasi Permodalan FELDA 2025, Terbuka Untuk Lepasan SPM - Ijazah

Jawatan Kosong Koperasi Permodalan FELDA 2025, Terbuka Untuk Lepasan SPM - Ijazah

Pada ketika ini, Koperasi Permodalan FELDA Malaysia Berhad sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang…
Jawatan Kosong Jabatan Laut Malaysia 2025, Dibuka Sehingga 5 November 2025

Jawatan Kosong Jabatan Laut Malaysia 2025, Dibuka Sehingga 5 November 2025

Pada ketika ini, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka di…
Jawatan Kosong Besar-Besaran MUIP Oktober - November 2025: Senarai Jawatan Ditawarkan

Jawatan Kosong Besar-Besaran MUIP Oktober - November 2025: Senarai Jawatan Ditawarkan

Pada ketika ini, Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai…