Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) RM500 ~ Kaedah pelaksanaan & tarikh pembayaran

Seperti mana yang semua sedia maklum, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) bagi merangsang ekonomi negara di kala pendemik yang melanda.

Melalui PEMULIH pelbagai inisiatif telah diperkenalkan bagi membantu mereka yang terjejas dan memerlukan.

Antaranya termasuklah Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) sebanyak RM500 secara one-off.

Bantuan ini dijangka akan dimanfaatkan oleh sejuta penerima dengan peruntukan sebanyak RM500 juta.

Cara pelaksanaan

Berdasarkan teks ucapan Perdana Menteri, pelaksaan BKP adalah berdasarkan data daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau Pertubuhan Keselamatan Sosial  (PERKESO) pada 2021.

Oleh itu, ia tidak akan melibatkan sebarang permohonan.

Tarikh pelaksanaan

Seperti juga yang dimaklumkan dalam perutusan khas Tan Sri Muhyiddin Yassin – bantuan BKP akan disalurkan kepada mereka yang layak bermula pada bulan Oktober nanti.

Sebarang maklumat terkini dan kemas kini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Memetik kenyataan Presiden Persekutuan Majikan Malaysia (MEF), Datuk Syed Hussain Syed Husman J.P. kepada KOSMO –  pada tahun 2020 sahaja lebih daripada 32,000 majikan telah gulung tikar akibat hambatan ekonomi dan lebih 107,000 orang diberhentikan kerja.

Malah, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) melaporkan kadar pengangguran di Malaysia pada Mei 2021 merekodkan lebih 728,000 orang bersamaan 4.5 peratus.

 

ARTIKEL BERKAITAN

E-Tunai/E-Wallet RM300 Setiap Bulan: Senarai Mereka Yang Layak Memohon Bantuan BINGKAS

E-Tunai/E-Wallet RM300 Setiap Bulan: Senarai Mereka Yang Layak Memohon Bantuan BINGKAS

Golongan B40 dan M40 merujuk kepada kategori isi rumah berdasarkan pendapatan bulanan di Malaysia. B40 adalah singkatan bagi “Bottom 40%”…
Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Pada ketika ini, Angkatan Pertahanan Awam kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Jawatan Kosong KTMB Pengambilan Julai 2025: Syarat Kelayakan SPM - Ijazah

Jawatan Kosong KTMB Pengambilan Julai 2025: Syarat Kelayakan SPM - Ijazah

Pada ketika ini, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…