bantuan kedah

Bantuan Kerajaan Kedah RM300 secara ‘one-off’ telah dibuka: Cara memohon

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri. Bantuan-bantuan khusus diberikan kepada golongan berpendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40) mengikut kategori masing-masing.

Antaranya adalah bantuan dari Kerajaan Negeri Kedah yang dikenali sebagai IBAKIPT. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan berkenaan: –

Bantuan Kerajaan Kedah IBAKIPT

IBAKIPT adalah singkatan kepada Bantuan Awal Kemasukan Ke Institusi Pengajian Tinggi (IBAKIPT). Bantuan ini pada asasnya diberikan kepada mereka yang melanjutkan pengajian ke peringkat pengajiang tinggi.

Kadar IBAKIPT yang ditetapkan sebanyak RM300 secara sekaligus atau ‘one-off’. Permohonannya dibuka mulai 1 Julai 2024 sehingga 31 Oktober 2024.

Syarat-syarat Kelayakan IBAKIPT

  • Pemohon / Ibu / Bapa lahir di Negeri Kedah dan bermastautin serta menetap di Negeri Kedah. (mengikut alamat pada surat tawaran Sekolah / IPT);
  • Pemohon mestilah membuat Semakan Daftar Pemilih terlebih dahulu untuk mendapatkan maklumat Dewan Undangan Negeri (DUN) di laman sesawang mySemak SPR sebelum membuat permohonan;
  • Pendapatan kasar bulanan isi rumah sehingga RM10,970 (Pendapatan maksimum isi rumah M40) layak memohon BAKIPT tanpa mengira bilangan anak atau tanggungan;
  • Permohonan dibuka bagi peringkat SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) / SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM) / SIJIL MATRIKULASI / ASASI / SIJIL POLITEKNIK / SIJIL KOLEJ KOMUNITI / DIPLOMA dan IJAZAH SARJANA MUDA secara SEPENUH MASA bagi SEMESTER PERTAMA KEMASUKAN BAHARU TAHUN 2024 sahaja dan hendaklah dikemukakan dalam tempoh yang ditetapkan;
  • Pemohon telah menerima surat tawaran melanjutkan pelajaran ke SEKOLAH / IPT DALAM NEGARA atau LUAR NEGARA. (Bidang pengajian hendaklah diiktiraf oleh Malaysian Qualification Agency;
  • Pemohon hendaklah membuat Bayaran Pendaftaran Awal Pengajian atau mengemukakan Surat Pengesahan Penerimaan Tawaran Masuk Sekolah / IPT;
  • Permohonan hanya diberikan sekali sahaja sepanjang tempoh pengajian bagi setiap peringkat pengajian yang berbeza;
  • Dokumen sokongan yang wajib dimuat naik di dalam bentuk PDF/JPEG/JPG/PNG yang DISAHKAN oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional / Penghulu Mukim / Pengetua Sekolah / Pegawai Daerah / ADUN adalah seperti berikut:
    • Salinan Kad Pengenalan Pemohon, Ibu dan Bapa;
    • Salinan Slip Gaji Ibu / Bapa / Penjaga atau Borang Pengesahan Pendapatan Ibu / Bapa / Penjaga (BPPSPPNK/07);
    • Salinan Surat Tawaran Kemasukan Ke Sekolah / IPT;
    • Salinan Resit Bayaran Pendaftaran Awal Pengajian atau Surat Pengesahan Penerimaan Tawaran Masuk Sekolah / IPT;
    • Salinan Akaun Bank / Penyata Bank pemohon;
    • Borang Pengesahan Tempat Tinggal Oleh Penghulu Mukim Negeri Kedah Darul Aman (BPPSPPNK/09). (Bagi Pemohon, Ibu dan Bapa yang LAHIR di kawasan bersempadan Negeri Perlis, Perak dan Pulau Pinang sahaja).

Cara Memohon IBAKIPT

Bagi yang menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan bantuan ini boleh dibuat secara atas talian (online) di Portal Seksyen Pembiayaan Pendidikan Negeri Kedah (SPPNK) di bahagian IBAKIPT.

Jika permohonan itu diluluskan, pembayaran bantuan BAKIPT akan dibuat oleh Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN)/Penyelaras DUN Kawasan kepada pelajar.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Cara pembayaran pula akan ditentukan oleh Pusat Khidmat DUN/Penyelaras DUN Kawasan berdasarkan situasi semasa. Dalam masa sama, terdapat juga mereka yang tidak layak menerima bantuan ini kerana faktor-faktor berikut:

  • Pelajar PASCA-SISWAZAH
  • Pelajar SEPARUH MASA
  • Pelajar LUAR KAMPUS
  •  Pelajar di INSTITUSI PERGURUAN (IPG)
  • Pelajar di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
  • Sijil selain Politeknik dan Kolej Komuniti
  • Permohonan yang TIDAK LENGKAP
  • Telah menerima BAKIPT  sebelum ini

 

Keputusan permohonan adalah muktamad dan tiada sebarang rayuan diperlukan. Untuk maklumat lenkap dan permohonan Bantuan Awal Kemasukan Ke Institusi Pengajian Tinggi (IBAKIPT), sila rujuk di Portal Rasmi SPPNK – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Senarai Penuh Penerima RM100 Dalam MyKad Setiap Bulan Tahun Ini (2025): Cara Semak Bantuan SARA

Senarai Penuh Penerima RM100 Dalam MyKad Setiap Bulan Tahun Ini (2025): Cara Semak Bantuan SARA

Golongan B40 atau 40% isi rumah berpendapatan terendah di Malaysia. Dalam konteks ekonomi negara, mereka adalah kumpulan yang paling terkesan…
Pelbagai Jawatan Kosong Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK): Gaji RM2,265 - RM6,680

Pelbagai Jawatan Kosong Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK): Gaji RM2,265 - RM6,680

Pada ketika ini, Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang…
STR Fasa 1 Mula Dikreditkan Ke Akaun Hari Ini (22 Januari 2025): Jumlah Bayaran Isi Rumah, Bujang & Warga Emas

STR Fasa 1 Mula Dikreditkan Ke Akaun Hari Ini (22 Januari 2025): Jumlah Bayaran Isi Rumah, Bujang & Warga Emas

Golongan B40 dan M40 merupakan dua kumpulan utama dalam kategori pendapatan di Malaysia yang sering menjadi tumpuan dalam pelbagai dasar…