bantuan kerajaan

Bantuan Kerajaan RM100 dikreditkan kepada rakyat Malaysia bulan ini: Semak kelayakan sekarang

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah Bantuan e-Dompet yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan berkenaan: –

Bantuan Kerajaan RM100

Semasa berucap di Majlis Peluncuran Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan Bantuan Kredit e-Tunai sebanyak RM100.

Bantuan ini nanti akan diberikan kepada seluruh rakyat dewasa di negara ini yang berpendapatan tahunan RM100,000 dan ke bawah.

“Melihat akan kejayaan dan impak besar program e-tunai kepada masyarakat, Kerajaan bersetuju untuk menawarkan kredit e-tunai sebanyak RM100 kepada semua rakyat dewasa Malaysia yang berpendapatan RM100,000 setahun dan ke bawah,” katanya.

Pembayaran Bantuan

Berdasarkan kenyataan Kementerian Kewangan, bantuan e-Dompet ini akan dilaksanakan pada suku ke empat tahun 2023 atau sekitar bulan Oktober 2023.

Dijangkakan bantuan ini memberi manfaat kepada lebih 10 juta penerima merangkumi golongan B40 dan M40 berkelayakan.

Untuk penebusan pula, ia mungkin boleh ditebus melalui platform-platform e-Tunai seperti Boost; Setel dan Touch ‘n Go eWallet.

Namun begitu, kaedah penebusan yang tepat hanya akan diketahui melalui pengumuman rasmi Kerajaan dari semasa ke semasa.

Dalam perkembangan lain, pihak Kerajaan telah pun membayar Bantuan Khas Penghargaan sebanyak RM300 kepada para penjawat awam dan RM200 kepada pesara kerajaan pada 10 Ogos lalu.

ARTIKEL BERKAITAN

Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pada ketika ini, Lembaga Tabung Haji sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Pada ketika ini, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…
Jawatan Kosong Tenaga Nasional Berhad (TNB): Taraf Jawatan Tetap, Kelayakan Minima SPM

Jawatan Kosong Tenaga Nasional Berhad (TNB): Taraf Jawatan Tetap, Kelayakan Minima SPM

Pada ketika ini, Tenaga Nasional Berhad (TNB) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…