Selain pembayaran KWSP: Ini senarai bantuan-bantuan lain yang dibayar pada 20 & 25 April ini

Pengeluaran Khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah pun dibuka permohonannya sejak 1 April lalu dan akan ditutup 30 April ini. Melalui pengeluaran khas ini, para ahli badan kewangan itu boleh membuat pengeluaran sehingga RM1,000 berdasarkan jumlah simpanan masing-masing.

Kepada mereka yang telah membuat permohonan dan telah diluluskan oleh KWSP, pembayaran pengeluaran khas itu akan dilaksanakan mulai 20 April ini – dengan sekali bayar sahaja (single payment).

Namun begitu, terdapat beberapa bantuan-bantuan kerajaan lain yang akan disalurkan kepada yang layak pada 20 April ini. Antaranya adalah: –

Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2022 (RM1,200)

Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sejumlah RM1,200 ini diperkenalkan oleh pihak kerajaan negeri Pahang yang akan disalurkan kepada 8,000 penjawat awam di negeri berkenaan.

Dengan membabitkan peruntukan sebanyak RM9.6 juta, pembayaran bantuan ini akan dilaksanakan bermula pada 20 April 2022 kepad semua gred penjawat awam negeri Pahang.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (RM500 & RM250)

Di perinngkat Kerajaan Persekutuan, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM500 dan RM250 yang akan dikreditkan kepada yang layak pada 25 April 2022 ini.

Bayaran sebanyak RM500 diberikan kepada semua penjawat awam Gred 56 dan ke bawah, termasuk kakitangan di bawah skim kontrak perkhidmatan dan Kontrak atas Perkhidmatan serta pegawai atas lantikan di bawah program MySTEP. Manakala, RM250 pula disalurkan kepada para pesara kerajaan.

Bantuan Khas Kewangan (Minima RM1,000)

Kerajaan Negeri Selangor juga telah memperkenalkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) sempena Hari Raya Aidilfitri sebanyak sebulan gaji atau minimum RM1,000 kepada para penjawat awam di negeri berkenaan.

Sumbangan BKK yang membabitkan anggaran kewangan sebanyak RM39.15 juta ini akan disalurkan kepada para penerimanya pada 27 April ini.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) 2025: Gaji RM2,250.00 - RM11,110

Jawatan Kosong Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) 2025: Gaji RM2,250.00 - RM11,110

Pada ketika ini, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…
Jawatan Kosong MRSM, Pengambilan Jun - Julai 2025: Tawaran Gaji RM100/Sehari

Jawatan Kosong MRSM, Pengambilan Jun - Julai 2025: Tawaran Gaji RM100/Sehari

Pada ketika ini, Maktab Rendah Sains Mara Betong, Sarawak (MRSM Betong) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan…
Bantuan Musim Tengkujuh RM800: Senarai Penuh Mereka Yang Layak & Cara Memohonnya

Bantuan Musim Tengkujuh RM800: Senarai Penuh Mereka Yang Layak & Cara Memohonnya

Musim tengkujuh merupakan fenomena cuaca yang berlaku secara tahunan di Malaysia, terutamanya antara bulan November hingga Mac. Ia biasanya dikaitkan…