wang saku

Bantuan Kewangan Asasi dengan Elaun Wang Saku RM2,500 setahun: Syarat-syarat & cara memohon

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Bantuan-bantuan itu khusus bagi membantu golongan dari kategori B40 dan M40 yang diharapkan sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka dalam menghadapi keadaan kos sara hidup ketika ini.

Antranya termasuklah bantuan-bantuan bagi tujuan pendidikan seperti Bantuan Kewangan Asasi di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ini. Berikut adalah penjelasan lanjut mengenainya: –

Bantuan Kewangan Asasi

Bantuan Kewangan Asasi pada asasnya merupakan sebuah insiatif Kerajaan bagi membantu para pelajar yang melanjutkan pendidikan di peringkat Asasi di Universiti Awam.

Kadar bantuan ini ditetapkan sebanyak RM3,920 setahun/sepanjang tempoh pengajian dengan pecahan berikut:

  • Elaun Wang Saku: RM2,500 setahun;
  • Yuran Pengajian dan Yuran Penginapan: RM1,420 setahun;
  • Tambang penerbangan sekali (pergi dan balik untuk pelajar Sabah, Sarawak dan Labuan atau sebaliknya).

Syarat-syarat Kelayakan

  • Pemohon adalah warganegara Malaysia;
  • Pembiayaan bantuan kewangan ini adalah untuk pelajar yang mengikuti program bertaraf asasi di Universiti Awam dengan pendapatan keluarga dari kelompok B40 dan M40;
  • Pelajar yang telah mendaftar mengikuti kursus dengan menggunakan syarat kelayakan masuk lulus SPM atau yang setaraf dengannya;
  • Kursus pengajian telah diperakui dan diluluskan oleh Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Cara Memohon

Bagi urusan permohonan untuk mereka yang menepati syarat-syarat kelayakan, ia boleh dibuat secara atas talian (online) melalui Portal Rasmi Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan, KPM.

Pemohon juga hendaklah menyemak dan mencetak sendiri dokumen tawaran seperti berikut:

  • Surat Tawaran;
  • Surat Setuju Terima Tawaran;
  • Borang perjanjian (3 salinan, borang kosong boleh difotokopi);
  • Borang penyata kewangan penjamin;
  • Panduan mengisi borang perjanjian.

 

Dokumen perjanjian yang telah lengkap hendaklah diserahkan kepada universiti masing-masing. Manakala, tuntutan bayaran pelajar asasi sedia ada akan dibuat melalui pentadbir universiti masing-masing pada setiap semester.

Pelajar turut dikehendaki menandatangi perjanjian dengan seorang penjamin dan penjamin itu mestilah Warganegara Malaysia serta tidak berstatus muflis. Tiada bayaran balik dikenakan, akan tetapi pelajar perlu membayar balik jumlah bantuan kewangan yang telah diterima sekiranya gagal mengikuti program pengajian dengan jayanya.

Dimaklumkan bahawa pelajar tidak boleh menerima tajaan/biasiswa lain sekiranya telah menerima Bantuan Kewangan Asasi di bawah KPM ini. Sekiranya berlaku, pelajar perlu membayar balik kepada KPM sejumlah wang yang telah diberikan kepada pelajar ataupun pelajar perlu menolak tajaan/biasiswa lain sekiranya pelajar menerima Bantuan Kewangan Asasi di bawah KPM.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Maklumat lebih lengkap tentang Bantuan Kewangan Asasi ini sila rujuk Portal Rasmi KPM – DI SINI.

Dalam masa sama, terdapat juga Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti (BKPKK) yang diberikan kepada pelajar Kolej Komuniti peringkat sijil jangka panjang iaitu yang melibatkan pengajian sekurang-kurangnya 4 semester (peringkat sijil).

Tempoh satu semester bagi Kolej Komuniti ialah selama 6 bulan dan pelajar layak menerima RM300/sebulan atau RM1, 800.00 sepanjang satu semester di bawah bantuan ini.

ARTIKEL BERKAITAN

Pelbagai Jawatan Kosong Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK): Gaji RM2,265 - RM6,680

Pelbagai Jawatan Kosong Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK): Gaji RM2,265 - RM6,680

Pada ketika ini, Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang…
STR Fasa 1 Mula Dikreditkan Ke Akaun Hari Ini (22 Januari 2025): Jumlah Bayaran Isi Rumah, Bujang & Warga Emas

STR Fasa 1 Mula Dikreditkan Ke Akaun Hari Ini (22 Januari 2025): Jumlah Bayaran Isi Rumah, Bujang & Warga Emas

Golongan B40 dan M40 merupakan dua kumpulan utama dalam kategori pendapatan di Malaysia yang sering menjadi tumpuan dalam pelbagai dasar…
Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Ini Senarai Jawatan & Cara Memohon

Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Ini Senarai Jawatan & Cara Memohon

Pada ketika ini, Lembaga Tabung Haji sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…