kewangan asasi

Bantuan Kewangan Asasi RM2,500 boleh dimohon oleh isi rumah B40 dan M40: Ini cara memohon

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Negeri atau Persekutuan.

Salah satunya adalah sebuah inisiatif yang dikenali sebagai Bantuan Kewangan Asasi. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan kewangan ini: –

Bantuan Kewangan Asasi

Bantuan Kewangan Asasi adalah sebuah bantuan dari Kerajaan bagi membantu pelajar dari keluarga B40 dan M40 mengikuti program bertaraf asasi di Universiti Awam.

Kadar bantuan kewangan ini adalah seperti berikut:

  • Elaun Wang Saku RM2,500/setahun;
  • Yuran Pengajian dan Yuran Penginapan RM1,420/setahun;
  • Tambang penerbangan sekali (pergi dan balik untuk pelajar Sabah, Sarawak dan Labuan atau sebaliknya).

Syarat-syarat Kelayakan

  • Pemohon adalah warganegara Malaysia;
  • Pembiayaan bantuan kewangan ini adalah untuk pelajar yang mengikuti program bertaraf asasi di Universiti Awam dengan pendapatan keluarga dari kelompok B40 dan M40;
  • Pelajar yang telah mendaftar mengikuti kursus dengan menggunakan syarat kelayakan masuk lulus SPM atau yang setaraf dengannya;
  • Kursus pengajian telah diperakui dan diluluskan oleh Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Cara Memohon

Kepada yang menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan Bantuan Kewangan Asasi boleh dilaksanakan melalui Pejabat Pendaftar Universiti Awam (UA) masing-masing.

Semakan dan tawaran program boleh dibuat secara atas talian (online) melalui Portal Rasmi Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan, KPM.

JOM MASUK TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Untuk maklumat lengkap berkeaan bantuan ini, sila rujuk di Portal Rasmi KPM – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong Tenaga Nasional Berhad (TNB): Taraf Jawatan Tetap, Kelayakan Minima SPM

Jawatan Kosong Tenaga Nasional Berhad (TNB): Taraf Jawatan Tetap, Kelayakan Minima SPM

Pada ketika ini, Tenaga Nasional Berhad (TNB) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
200 Jawatan Kosong Guru KAFA: Permohonan Dibuka Sehingga 15 November 2025

200 Jawatan Kosong Guru KAFA: Permohonan Dibuka Sehingga 15 November 2025

Pada ketika ini, Institut Pengajian Islam Dan Dakwah Sabah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sedang mencari calon yang berkualiti untuk…
Jawatan Kosong Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB): Gaji Sehingga RM4,680

Jawatan Kosong Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB): Gaji Sehingga RM4,680

Pada ketika ini, Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang…