Bantuan Kewangan Asasi RM3,920 untuk B40 & M40: Ini senarai mereka yang layak & cara memohon

Pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan melalui agensi-agensi dan kementerian-kementeriannya. Antaranya melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang mengendalikan pelbagai skim bantuan.

Ia termasuklah sebuah bantuan kewangan yang dikenali sebagai Bantuan Kewangan Asasi sebanyak RM3,920 setahun. Ia pada asasnya merupakan program penajaan bertaraf matrikulasi yang diwujudkan di Kementerian Pengajian Tinggi berikutan pemindahan tanggungjawab dari Kementerian Pelajaran Malaysia.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Pemohon adalah warganegara Malaysia;
  • Pembiayaan bantuan kewangan ini adalah untuk pelajar yang mengikuti program bertaraf asasi di Universiti Awam dengan pendapatan keluarga dari kategori B40 dan M40;
  • Pelajar yang telah mendaftar mengikuti kursus dengan menggunakan syarat kelayakan masuk lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau yang setaraf dengannya;
  • Kursus pengajian telah diperakui dan diluluskan oleh Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia.

 

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Cara Memohon

Dimaklumkan bahawa tawaran kepada pelajar baharu dibuat berdasarkan kepada senarai yang dikemukakan oleh pihak Universiti Awam kepada Kementerian Pengajian Tinggi setelah pelajar selesai mendaftar kursus di pusat pengajian asasi masing-masing.

Semakan dan tawaran program boleh dibuat secara atas talian (online) melalui laman sesawang KPT setelah senarai lengkap pelajar asasi diterima daripada Universiti Awam.

Pemohon juga perlu menyemak dan mencetak sendiri dokumen tawaran berikut:

  • Surat Tawaran;
  • Surat Setuju Terima Tawaran;
  • Borang perjanjian (3 salinan, borang kosong boleh difotokopi);
  • Borang penyata kewangan penjamin;
  • Panduan mengisi borang perjanjian.

 

Dokumen perjanjian yang telah lengkap kemudiannya hendaklah diserahkan kepada pihak universiti masing-masing.

Bagi maklumat lengkap dan lanjut berkenaan bantuan ini, sila rujuk bersama pihak universiti atau baca DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Dalam landskap sosial Malaysia yang semakin kompleks, peranan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menjadi semakin penting sebagai agensi utama yang memastikan…
Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pada ketika ini, Lembaga Tabung Haji sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Pada ketika ini, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…