Bantuan kewangan BIB RM450 boleh dimohon sekarang: Ini tempoh kelulusan permohonan

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan sama ada melalui Kerajaan Negeri atau Persekutuan.

Antaranya temasuklah sebuah inisiatif yang dikenali sebagai Bantuan Ibu Bersalin (BIB) yang melibatkan pemberian wang sebanyak RM450 kepada setiap ibu yang berkelayakan. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan BIB: –

Syarat-syarat Kelayakan

BIB pada asasnya merupakan bantuan kepada setiap ibu yang melahirkan anak kelahiran Sarawak bagi membantu keperluan ibu seperti pemakanan sihat dan penjagaan diri semasa tempoh berpantang, bermula tahun 2020 tanpa mengira bangsa, agama atau status sosio-ekonomi.

Berikut adalah syarat-syarat kelayakan BIB:

  • Warganegara Malaysia;
  • Ibu pemegang kad pengenalan Sarawak berstatus ‘K’ atau isteri kepada pemegang kad pengenalan Sarawak berstatus ‘K’ (Sarawak Connection);
  • Melahirkan bayi di dalam atau di luar Sarawak;
  • Usia kandungan telah mencapai 22 minggu dan ke atas.

 

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Cara Memohon

Kepada yang berkelayakan dan menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan BIB boleh dibuat dengan mengemukakan dokumen-dokumen (disahkan oleh Pegawai Kerajaan Gred 41 dan ke atas /Ketua Kaum/Ketua Masyarakat) berikut:

  • Salinan Kad Pengenalan/Pasport Pemohon (Depan dan Belakang);
  • Salinan Kad Pengenalan/Pasport Suami/Penjaga (Depan dan Belakang);
  • Salinan Sijil Perkahwinan Sekiranya Pemohon Bukan Berstatus ‘K’;
  • Salinan Buku Kesihatan Ibu Mengandung (Muka Hadapan);
  • Salinan Penyata Akaun Bank Pemohon;
  • Salian Pengesahan Doktor / Nota Discaj / Sijil Lahir Bayi.

 

Ia kemudiannya hendaklah dibawa ke mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian/Daerah, Pejabat Daerah, cawangan Jabatan Pendaftaran Negara di Sarawak atau Bahagian Pembangunan Awal Kanak-kanak, KPWK (Kuching sahaja).

Selain itu, permohonan juga boleh dibuat secara atas talian (online) melalui aplikasi iSarawakCare yang boleh dimuat turun dari Google Play Store atau Apple App Store.

Tempoh proses permohonan adalah sekurang-kurangnya 14 hari waktu bekerja tertakluk kepada kelengkapan dokumen yang dihantar kepada KPWK.

Maklumat lengkap dan terperinci berkenaan BIB, boleh dirujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan RM600 Setiap Bulan Untuk Warga Emas: Syarat Kelayakan 60 Tahun dan Ke Atas

Bantuan RM600 Setiap Bulan Untuk Warga Emas: Syarat Kelayakan 60 Tahun dan Ke Atas

Golongan warga emas merupakan sebahagian penting dalam struktur masyarakat Malaysia. Mereka bukan sahaja mewakili generasi yang terdahulu berkorban demi membina…
FINAS Buka Pelbagai Jawatan Kosong: Kelayakan SPM Hingga Ijazah

FINAS Buka Pelbagai Jawatan Kosong: Kelayakan SPM Hingga Ijazah

Pada ketika ini, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Sumbangan RM1,000 'One-Off': Keluarga Berpendapatan Bawah RM5,000 Sebulan Layak Mohon

Sumbangan RM1,000 'One-Off': Keluarga Berpendapatan Bawah RM5,000 Sebulan Layak Mohon

Menjadi mahasiswa bukan sekadar menuntut ilmu, tetapi juga perjalanan menuju kematangan hidup dan pembentukan jati diri. Tempoh pengajian di institusi…