Bantuan Kewangan Hari Raya Aidilfitri akan dibayar pada bulan ini: Tarikh, jumlah & cara bayarannya

Dalam usaha membantu rakyat membuat persiapan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan.

Antaranya melalui sebuah bantuan kewangan yang dikenali sebagai Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri yang melibatkan pembayaran sebanyak RM500 dan RM250 kepada yang layak.

Seperti mana yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob – bantuan khas ini akan diberikan kepada semua penjawat awam Gred 56 dan ke bawah.

Malah, kakitangan di bawah skim kontrak perkhidmatan dan Kontrak atas Perkhidmatan serta pegawai atas lantikan di bawah program MySTEP juga layak mendapat bantuan ini, termasuk para pesara kerajaan.

  • RM500: Semua penjawat awam Gred 56 dan ke bawah.
  • RM250: Pesara kerajaan.

Tarikh Bayaran

Berkenaan dengan tarikh bayaran bantuan ini, ia akan dilaksanakan pada 25 April 2022, bersama dengan pembayaran gaji untuk bulan April 2022.

Perdana Menteri dalam kenyataan sama berkata, pemberian ini adalah bagi menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam dalam menggalas tanggungjawab menyampaikan perkhidmatan kepada Keluarga Malaysia.

Beliau berharap pemberian bantuan khas ini dapat meringankan beban kewangan kepada penjawat awam dan pesara serta dijadikan sebagai pemangkin kepada mereka untuk terus berkhidmat dengan penuh dedikasi.

Dalam perkembangan lain, pihak Kerajaan Negeri Selangor turut memperkenalkan bantuan khas kewangan sempena Hari Raya Aidilfitri sebanyak satu bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada anggota perkhidmatan kerajaan di negeri berkenaan.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Pada ketika ini, Angkatan Pertahanan Awam kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Jawatan Kosong KTMB Pengambilan Julai 2025: Syarat Kelayakan SPM - Ijazah

Jawatan Kosong KTMB Pengambilan Julai 2025: Syarat Kelayakan SPM - Ijazah

Pada ketika ini, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Permohonan Bantuan Sara Hidup (BSH) 2025 Masih Dibuka: RM500 Setiap Bulan

Permohonan Bantuan Sara Hidup (BSH) 2025 Masih Dibuka: RM500 Setiap Bulan

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, isu sara hidup semakin mendapat perhatian dalam kalangan rakyat Malaysia. Kenaikan harga barangan asas, perumahan,…