Permohonan bantuan kewangan iBAKIPT RM300 dibuka sehingga 31 Mei 2022: Ini cara memohonnya

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan Negeri dan Persekutuan.

Antaranya termasuklah sebuah bantuan kewangan yang dikenali sebagai Bantuan Awal Kemasukan Ke IPT (iBAKIPT) sebanyak RM300 secara sekaligus atau ‘one-off’. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan kewangan ini: –

Syarat-syarat Kelayakan

  • Pemohon lahir di Negeri Kedah;
  • Bermastautin serta menetap di Negeri Kedah (mengikut alamat pada surat tawaran IPT);
  • Pendapatan bulanan isi rumah adalah RM3,000 dan ke bawah;
  • Pemohon telah menerima surat tawaran melanjutkan pelajaran ke IPT DALAM NEGARA atau LUAR NEGARA (bidang pengajian diiktiraf oleh Malaysian Qualification Agency) bagi peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda secara sepenuh masa dan telah membuat bayaran pendaftaran awal pengajian;
  • Permohonan dibuka untuk pelajar semester pertama kemasukan baharu tahun 2022 sahaja dan hendaklah dikemukakan dalam tempoh yang ditetapkan.

Cara Memohon

Kepada yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan iBAKIPT boleh dibuat secara atas talian (online) melalui Sistem iBAKIPT SPPNK. 

Ketika permohonan, pemohon juga perlu memuat naik dokumen-dokumen sokongan dalam bentuk PDF/JPEG/JPG/PNG yang disahkan oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan Dan Profesional / Penghulu Mukim / Pengetua Sekolah / Pegawai Daerah / Adun Kedah berikut:

  • Salinan Kad Pengenalan Pemohon;
  • Salinan Slip Gaji/Penyata Pencen Ibu/Bapa/Penjaga/Waris atau Borang Pengesahan Pendapatan;
  • Salinan Surat Tawaran Kemasukan Ke Institusi Pengajian Tinggi;
  • Salinan Resit Bayaran Pendaftaran Awal Pengajian;
  • Salinan Akaun Bank / Penyata Bank;
  • Borang Pengesahan Tempat Tinggal Oleh Penghulu Mukim (bagi pemohon yang tinggal di kawasan bersempadan dengan negeri Perlis, Perak dan Pulau Pinang sahaja).

 

Dimaklumkan juga bahawa permohonan hanya dibenarkan sekali sahaja sepanjang tempoh pengajian bagi setiap peringkat pengajian yang berbeza dan permohonan yang tidak lengkap – tidak akan dipertimbangkan dan ditolak.

Permohonan bagi Fasa 1 iBAKIPT dibuka sehingga 31 MEI 2022, SELASA.

Maklumat lengkap berkenaan iBAKIPT boleh dirujuk DI SINI dan permohonan boleh dikemukakan di DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan RM600 Setiap Bulan Untuk Warga Emas: Syarat Kelayakan 60 Tahun dan Ke Atas

Bantuan RM600 Setiap Bulan Untuk Warga Emas: Syarat Kelayakan 60 Tahun dan Ke Atas

Golongan warga emas merupakan sebahagian penting dalam struktur masyarakat Malaysia. Mereka bukan sahaja mewakili generasi yang terdahulu berkorban demi membina…
FINAS Buka Pelbagai Jawatan Kosong: Kelayakan SPM Hingga Ijazah

FINAS Buka Pelbagai Jawatan Kosong: Kelayakan SPM Hingga Ijazah

Pada ketika ini, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Sumbangan RM1,000 'One-Off': Keluarga Berpendapatan Bawah RM5,000 Sebulan Layak Mohon

Sumbangan RM1,000 'One-Off': Keluarga Berpendapatan Bawah RM5,000 Sebulan Layak Mohon

Menjadi mahasiswa bukan sekadar menuntut ilmu, tetapi juga perjalanan menuju kematangan hidup dan pembentukan jati diri. Tempoh pengajian di institusi…