Bantuan Kewangan RM2500

Bantuan Kewangan RM2,500 dibayar pada tahun depan: Ini senarai penerima yang layak

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Salah satunya adalah apabila Kerajaan Negeri Sembilan mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak satu bulan setengah gaji atau minimum RM2,500.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, bantuan ini akan diberikan kepada 5,599 orang penjawat awam di negeri itu sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada mereka yang sentiasa komited dalam melaksanakan tugas diamanahkan.

Bantuan itu nanti akan dibayar sebanyak dua kali iaitu pada awal Januari dan minggu pertama April 2023.

“Diharapkan bantuan khas kewangan ini dapat menyuntik semangat semua penjawat awam untuk bekerja dengan lebih gigih lagi,” kata Aminuddin ketika di Persidangan Keempat (Belanjawan) Penggal Kelima, Dewan Undangan Negeri (DUN), Negeri Sembilan Ke-14.

Dalam perkembangan sama, pihak Kerajaan Negeri juga memperkenalkan 22 inisiatif baharu dalam belanjawan yang bertemakan ‘Melunas Janji, Menggalas Harapan’ dengan melibatkan peruntukan sebanyak RM107 juta.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

BKK Negeri Selangor

Selain Negeri Sembilan, pihak Kerajaan Negeri Selangor turut memperkenalkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak dua bulan setengah gaji kepada semua anggota berkelayakan dan berkhidmat di pentadbiran kerajaan negeri.

Sumbangan itu nanti turut melibatkan anggota perkhidmatan yang gajinya dibayar oleh Kerajaan Persekutuan pada tahun 2022.

“BKK kali pertama iaitu satu bulan gaji atau minimum RM1,000 sudah dilaksanakan menerusi Insentif Khas Rahmah Ramadan 2022 sempena Aidilfitri 1443H/ 2022.

“BKK kali kedua pula akan dibayar pada 29 Disember depan iaitu sebanyak satu bulan gaji atau minimum RM1,000 dengan anggaran implikasi kewangan sebanyak RM37.63 juta,” kata Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2023.

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan RM150 'One-Off' Mula Dibayar Hari Ini (16 Februari 2025): Ini Senarai Penuh Penerima

Bantuan RM150 'One-Off' Mula Dibayar Hari Ini (16 Februari 2025): Ini Senarai Penuh Penerima

Pendidikan adalah kunci kepada pembangunan individu dan kemajuan sesebuah negara. Ia bukan sekadar proses pembelajaran dalam bilik darjah, tetapi melibatkan…
Bantuan Kewangan RM150 kepada semua rakyat Malaysia tanpa had pendapatan: Ini tarikh bayaran

Bantuan Kewangan RM150 kepada semua rakyat Malaysia tanpa had pendapatan: Ini tarikh bayaran

Musim persekolahan baharu semakin menghampiri, dan ibu bapa pastinya sibuk membuat persiapan bagi memastikan anak-anak memulakan sesi persekolahan dengan lancar.…
Jawatan Kosong Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ~ Kelayakan Minima SPM

Jawatan Kosong Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ~ Kelayakan Minima SPM

Pada ketika ini, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…