Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri. Bantuan-bantuan itu khusus bagi membantu golongan dari kategori B40 dan M40 dan diharapkan sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka dalam menghadapi keadaan kos sara hidup ketika ini.
Antranya adalah Bantuan Kewangan Asasi di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ini. Berikut adalah penjelasan lanjut mengenai bantuan ini: –
Bantuan Kewangan Asasi
Bantuan Kewangan Asasi adalah sebuah bantuan kewangan yang diberikan kepada para pelajar di peringkat Asasi di Universiti Awam yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan.
Kadar Bantuan Kewangan Asasi adalah sebanyak RM3,920 setahun/sepanjang tempoh pengajian dengan pembahagian berikut:
- Elaun Wang Saku : RM2,500 setahun
- Yuran Pengajian dan Yuran Penginapan : RM1,420 setahun
- Tambang penerbangan sekali (pergi dan balik untuk pelajar Sabah, Sarawak dan Labuan atau sebaliknya).
Syarat-syarat Kelayakan
- Pemohon adalah warganegara Malaysia;
- Pembiayaan bantuan kewangan ini adalah untuk pelajar yang mengikuti program bertaraf asasi di Universiti Awam dengan pendapatan keluarga dari kelompok B40 dan M40;
- Pelajar yang telah mendaftar mengikuti kursus dengan menggunakan syarat kelayakan masuk lulus SPM atau yang setaraf dengannya;
- Kursus pengajian telah diperakui dan diluluskan oleh Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Dimaklumkan bahawa pelajar tidak boleh menerima tajaana atau biasiswa lain jika telah menerima Bantuan Kewangan Asasi di bawah KPM. Pelajar juga perlu membayar balik kepada KPM sejumlah wang yang telah diberikan kepada pelajar sekiranya menerima tawaran tajaan atau biasiswa lain ataupun pelajar perlu menolak tajaan/biasiswa lain sekiranya pelajar menerima Bantuan Kewangan Asasi di bawah KPM.
Cara Memohon
Bagi urusan permohonan untuk mereka yang menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan bantuan ini boleh dibuat melalui Portal Rasmi Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan, KPM.
Pemohon hendaklah menyemak dan mencetak sendiri dokumen tawaran seperti berikut:
- Surat tawaran;
- Borang perjanjian (3 salinan, borang kosong boleh difotokopi);
- Borang penyata kewangan penjamin;
- Panduan mengisi borang perjanjian;
- Dokumen perjanjian yang telah lengkap hendaklah diserahkan semasa hari pendaftaran.
Dokumen perjanjian yang telah lengkap hendaklah diserahkan kepada universiti masing-masing. Manakala, tuntutan bayaran pelajar asasi sedia ada akan dibuat melalui pentadbir universiti masing-masing pada setiap semester.
Pelajar turut dikehendaki menandatangi perjanjian dengan seorang penjamin dan penjamin itu mestilah Warganegara Malaysia serta tidak berstatus muflis. Tiada bayaran balik dikenakan, akan tetapi pelajar perlu membayar balik jumlah bantuan kewangan yang telah diterima sekiranya gagal mengikuti program pengajian dengan jayanya.
Bagi keterangan lanjut, sila hubungi:
Bahagian Biasiswa
Kementerian Pengajian Tinggi,
Aras 2, No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5
62200 Putrajaya
Hotline: +603-8888 1616 (Hotline) / +603-8870 6368 atau melalui e-mel: [email protected]
SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021
Maklumat lebih lengkap tentang Bantuan Kewangan Asasi ini sila rujuk Portal Rasmi KPM – DI SINI.
Selain itu, pihak KPM juga ada memperkenalkan Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti (BKPKK) sebanyak RM300/sebulan atau RM1,800 sepanjang satu semester. Bantuan ini diberikan untuk dua semester sahaja.
Syarat-syarat kelayakannya adalah seperti berikut:
- Pemohon hendaklah warganegara Malaysia;
- BKPKK diberikan hanya kepada pelajar Kolej Komuniti peringkat sijil jangka panjang sahaja iaitu yang melibatkan pengajian sekurang-kurangnya 4 semester (peringkat sijil);
- Pelajar yang layak diberikan BKPKK adalah pelajar yang mempunyai ibubapa/penjaga sah yang berpendapatan kasar bulanan ibubapa sebanyak RM3,000.00 dan ke bawah tanpa tertakluk kepada jumlah tanggungan isi rumah;
- Menandatangani 2 salinan perjanjian (tanpa penjamin);
- Mengisi Borang Penyata Pendapatan Bulanan Keluarga;
- Pelajar tidak dibenarkan mempunyai penaja lain dalam tempoh program.