Berumur bawah 55 tahun? Ini cara mendapatkan Bantuan Kewangan RM480/setahun dari KWSP

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan, sama ada di peringkat Pusat atau Negeri.

Salah satunya adalah melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang memperkenalkan Kasih Suri Keluarga Malaysia kepada mereka yang berkelayakan. Berikut merupakan maklumat lanjut berkenaan inisiatif ini:-

Manfaat Kasih Suri Keluarga Malaysia

Skim ini diperkenalkan bagi membolehkan golongan suri rumah untuk mencarum di KWSP. Ia bertujuan bagi memastikan kesejahteraan golongan suri rumah serta mengiktiraf sumbangan mereka kepada ahli keluarga dan pembangunan negara.

Ini adalah manfaat-manfaat skim berkenaan:

  • Menerima sumbangan kerajaan sebanyak RM480/setahun;
  • Caruman dalam apa-apa amaun dan pada bila-bila masa mengikut kemampuan mereka dan masih boleh membuat pengeluaran mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan;
  • Menerima dividen tahunan KWSP;
  • Bantuan Kematian: RM2,500;
    Bantuan Hilang Upaya: RM5,000.

 

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Belum mencapai umur 55 tahun;
  • Isteri kepada Ketua Isi Rumah (KIR)/Wanita (KIR);
  • Golongan suri rumah yang berdaftar dalam Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (eKasih) setakat 30 November 2021;
  • Mencarum sekurang-kurangnya RM5 sebulan atau RM60 setahun ke dalam akaun KWSP.

Cara Mendaftar

Bagi yang menepati syarat-syarat yang ditetapkan KWSP, pendaftaran skim ini boleh dibuat oleh di Kios atau Kaunter KWSP berhampiran.

Bagi yang telah mendaftar, caruman boleh dibuat oleh suri rumah sendiri atau suami kepada pasangan yang layak. Kaedahnya pula boleh melalui pelbagai saluran seperti:

  • Perbankan Internet;
  • Kaunter Ejen Bank;
  • Ejen Bank Berdaftar;
  • Kaunter KWSP.

 

Untuk maklumat lengkap dan terperinci berkenaan skim ini, sila rujuk di Portal Rasmi KWSP DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) 2025: Gaji RM2,250.00 - RM11,110

Jawatan Kosong Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) 2025: Gaji RM2,250.00 - RM11,110

Pada ketika ini, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…
Jawatan Kosong MRSM, Pengambilan Jun - Julai 2025: Tawaran Gaji RM100/Sehari

Jawatan Kosong MRSM, Pengambilan Jun - Julai 2025: Tawaran Gaji RM100/Sehari

Pada ketika ini, Maktab Rendah Sains Mara Betong, Sarawak (MRSM Betong) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan…
Bantuan Musim Tengkujuh RM800: Senarai Penuh Mereka Yang Layak & Cara Memohonnya

Bantuan Musim Tengkujuh RM800: Senarai Penuh Mereka Yang Layak & Cara Memohonnya

Musim tengkujuh merupakan fenomena cuaca yang berlaku secara tahunan di Malaysia, terutamanya antara bulan November hingga Mac. Ia biasanya dikaitkan…