Bantuan Kewangan

Senarai Bantuan-Bantuan Kewangan RM600 – RM1,200 yang dibayar pada bulan Disember ini

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Bantuan-bantuan ini termasuklah bantuan kewangan, geran dan sebagainya kepada mereka yang berkelayakan serta memerlukan.

Berikut adalah senarai bantuan-bantuan kewangan yang akan disalurkan pada bulan ini: –

Bantuan Musim Tengkujuh (BMT)

BMT adalah bantuan kewangan sebanyak RM600 dari RISDA yang diberikan kepada pekebun kecil dan penoreh getah. Pembayarannya akan dilaksanakan secara dua fasa (RM300 setiap fasa) pada bulan November dan Disember 2022.

Bantuan Khas Kewangan minimum RM1,200

Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah meluluskan Bantuan Khas Kewangan sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,200 kepada semua kakitangan awam Kerajaan Negeri dan Persekutuan yang dibayar gaji oleh kerajaan negeri.

Bayaran itu nanti akan melibatkan 3,920 penjawat awam negeri dengan implikasi kewangan berjumlah RM6.13 juta pada bulan Disember 2022.

Bantuan Khas Kewangan RM1,500

Kerajaan Negeri Kedah juga ada meluluskan Bantuan Khas Kewangan dengan jumah sebanyak RM1,500 kepada setiap penerima. Ia akan disalurkan kepada setiap kakitangan awam negeri berkenaan dengan peruntukan sebanyak RM8 juta.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Baca juga:

Bantuan Khas Kewangan minimum RM1,000

Seperti mana yang diumumkan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, pihak Kerajaan Negeri itu bersetuju memberikan Bantuan Khas Kewangan atau bonus sebanyak sebulan gaji atau sekurang-kurangnya RM1,000 kepada sekitar 13,400 penjawat awam di negeri berkenaan.

Pembayaran bonus itu akan dibuat secara dua kali, iaitu pada akhir bulan Disember 2022 dan sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun depan.

Bantuan Zakat Selangor Peduli

Bantuan di bawah Lembaga Zakat Selangor (LZS) ini diwujudkan bagi menyantuni golongan fakir, miskin dan muallaf serta orang awam (selain asnaf fakir, miskin dan muallaf) yang terjejas akibat banjir.

Kadar bantuan yang ditetapkan adalah sebanyak RM600 bagi setiap pemohon yang layak. Permohonan bantuan ini boleh dikemukakan secara atas talian di Portal Khas Bantuan Bencana LZS – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

SPA Buka Pengambilan Penjawat Awam di JAKOA Tahun 2025: Mohon Sekarang

SPA Buka Pengambilan Penjawat Awam di JAKOA Tahun 2025: Mohon Sekarang

Pada ketika ini, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang…
Jumlah bayaran SARA bulan Jun 2025 yang dikreditkan ke Kad Pengenalan (MyKad)

Jumlah bayaran SARA bulan Jun 2025 yang dikreditkan ke Kad Pengenalan (MyKad)

Golongan B40 merujuk kepada 40 peratus isi rumah di Malaysia yang berada dalam kategori pendapatan terendah. Dalam situasi ekonomi semasa…
Lebih 20 Jawatan Kosong Universiti Malaya (UM) Tahun 2025: Gaji Sehingga RM11,110

Lebih 20 Jawatan Kosong Universiti Malaya (UM) Tahun 2025: Gaji Sehingga RM11,110

Pada ketika ini, Universiti Malaya (UM) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka.…