Bantuan Kewangan RM8000

Cara memohon Bantuan Kewangan RM8,000 untuk setiap rakyat Malaysia yang menerima BKM

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Salah satunya adalah mySalam iaitu sebuah inisiatif yang bertujuan mewujudkan perlindungan kesihatan takaful percuma kepada rakyat Malaysia.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan inisiatif mySalam ini: –

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Merupakan penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022 dari golongan B40:
    • Berumur antara 18 hingga 65 tahun dan pasangan;
    • Individu bujang berumur antara 21 tahun dan 65 tahun;
    • Individu OKU berumur antara 18 tahun dan 65 tahun.

Kadar mySalam

Kepada setiap yang layak menerima perliddungan mySalam, mereka boleh menerima pembayaran tunai sebanyak RM8,000 dibayar sekali (one-off) apabila didiagnos salah satu daripada 45 penyakit kritikal.

Senarai penyakit kritikal itu boleh disemak DI SINI.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Baca juga:

Cara Memohon

Kepada yang menepati syarat-syarat yang ditetapkan, semakan kelayakan mySalam boleh dibuat secara atas talian di Portal Rasmi mySalam.

Bagi tujuan tuntutan penyakit kritikal pula, ia boleh dilaksanakan seperti berikut:

  • Langkah 1: Layari Portal Rasmi mySalam dan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan (No. KP) dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang anda telah tetapkan);
  • Langkah 2: Klik ‘Muat turun Borang’ dan muat turun borang ‘Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor’, berdasarkan jenis penyakit kritikal;
  • Langkah 3: Dapatkan doktor atau pakar yang merawat anda untuk melengkapkan borang ‘Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor’;
  • Langkah 4: Log masuk ke Portal Rasmi mySalam dan klik ikon ‘Tuntutan’, kemudian ikon ‘Penghantaran Tuntutan’. Skrol ke bawah laman dan klik ikon ‘Tuntutan Penyakit Kritikal’;
  • Langkah 5: Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Muat naik’ untuk memuat naik berikut dalam format .pdf atau .jpeg
    • Borang Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor
    • Salinan dokumen pengenalan, cth Kad Pengenalan (depan dan belakang)
  • Langkah 6: Klik butang ‘Hantar’ untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan.

 

Maklumat lengkap berkenaan inisiatif ini boleh dirujuk di Portal Rasminya DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Pengambilan Jawatan Kosong Jabatan Penerangan Malaysia: Tawaran Gaji RM1,500 - RM4,680

Pengambilan Jawatan Kosong Jabatan Penerangan Malaysia: Tawaran Gaji RM1,500 - RM4,680

Pada ketika ini, Jabatan Penerangan Malaysia kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
RM300 Dikreditkan Setiap Bulan Secara Automatik: Ini Maklumat Bantuan e-Wallet BINGKAS

RM300 Dikreditkan Setiap Bulan Secara Automatik: Ini Maklumat Bantuan e-Wallet BINGKAS

Dalam kesibukan menjalani kehidupan moden, keperluan harian sering kali dianggap sesuatu yang biasa dan kurang diberi perhatian. Namun, tanpa kita…
RM200 Dikreditkan Semula Ke MyKad Bulan Depan (Mei 2025): Ini Senarai Penuh Penerima

RM200 Dikreditkan Semula Ke MyKad Bulan Depan (Mei 2025): Ini Senarai Penuh Penerima

Dalam konteks ekonomi Malaysia, istilah “B40” merujuk kepada kumpulan 40% rakyat yang berpendapatan terendah dalam negara. Menurut data rasmi, B40…