Bantuan kewangan sehingga RM350 sebulan: Syarat-syarat & cara memohon Bantuan Am Negeri

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah memperkenalkan pelbagai jenis bantuan, bagi meringankan beban mereka yang memerlukan.

Antaranya termasuklah Bantuan Am Negeri yang menyediakan bantuan kewangan sebanyak RM100 sebulan seorang dan maksimum RM350 sekeluarga.

Objektif utama bantuan ini adalah bagi membantu individu/keluarga kurang berkemampuan dan berkeperluan untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti.

Berikut adalah maklumat selanjutnya: –

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara dan bermastautin di Wilayah Persekutuan;
  • Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa;
  • Golongan yang memerlukan dan keluarga miskin yang tidak diliputi di bawah mana-mana skim bantuan
    bulanan JKM lain; ATAU
  • Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia (KPKM).

Cara Memohon

Untuk yang ingin memohon, permohonan boleh dikemukakan di cawangan Pejabat Kebajikan Masyarakat terdekat dengan tempat tinggal pemohon.

Pemohon turut boleh mengisi borang permohonan yang disediakan oleh pihak JKM – DI SINI.

Bagi melancarkan proses, pemohon turut dikehendaki membawa dokumen-dokumen sokongan seperti berikut:

  • Salinan Kad Pengenalan diri pemohon
  • Salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama
  • Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama
  • Salinan penyata gaji (jika ada)
  • Lain-lain dokumen yang berkaitan.

 

Maklumat rasmi dan terperinci berkenaan Bantuan Am Negeri turut boleh dirujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan Geran Pelancaran RM2,700 'One-Off': Ini Maklumat Penuh Penerima & Cara Memohon

Bantuan Geran Pelancaran RM2,700 'One-Off': Ini Maklumat Penuh Penerima & Cara Memohon

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, isu beban kos sara hidup menjadi topik utama yang sering dibincangkan dalam kalangan rakyat Malaysia.…
Pelbagai Jawatan Kosong Gardenia Bakeries: Gaji Sehingga RM3,000++

Pelbagai Jawatan Kosong Gardenia Bakeries: Gaji Sehingga RM3,000++

Pada ketika ini, Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Jawatan Kosong Jurutera Dalam Perkhidmatan Awam: Gaji RM2,250 - RM11,110

Jawatan Kosong Jurutera Dalam Perkhidmatan Awam: Gaji RM2,250 - RM11,110

Pada ketika ini, Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka.…