bantuan khas aidilfitri

Bantuan Khas Aidilfitri dibayar hari ini (5 April 2024): Tak perlu memohon & senarai penuh penerima

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Bantuan-bantuan ini diperkenalkan sebagai usaha Kerajaan meringankan beban mereka yang memerlukan. Hal itu, termasuklah Bantuan Khas Kewangan yang diperkenalkan apabila semakin dekatnya musim perayaan seperti sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan yang telah diperkenalkan: –

Bantuan Khas Aidilfitri

Pada tahun ini, pihak Kerajaan Persekutuan telah bersetuju memberikan Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 dan RM250 kepada para penerima berikut:

  • RM500: Diberikan kepada semua penjawat awam Gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak.
  • RM250: Diberikan kepada semua pesara kerajaan termasuk veteran berpencen dan veteran tidak berpencen.

 

Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Sri Anwar Ibrahim ketika berucap di Majlis Perhimpunan Bulanan Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di PUSPANITAPURI.

“Kerajaan bersetuju menyalurkan BKK Aidilfitri sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam Gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak. RM250 pula akan diberikan kepada semua pesara termasuk veteran berpencen dan tidak,” katanya.

Bantuan khas itu juga layak diterima oleh pegawai yang bercuti dengan bergaji penuh, bercuti separuh gaji dan bercuti tanpa gaji serta pegawai yang dipinjamkan, termasuk ke agensi yang diasingkan saraannya. BKKA ini dibayar oleh agensi yang menerima peminjaman pegawai itu.

Akan tetapi, pembayaran bantuan khas ini tidak layak diberikan kepada individu Contract For Service (CFS) yang ditamatkan kontrak perkhidmatan dalam tempoh 1 Januari 2024 hingga 5 April 2024 dan individu CFS yang meletak jawatan dalam tempoh 1 Januari 2024 hingga 5 April 2024.

Pembayaran Bantuan Khas Aidilfitri

Bagi pembayaran bantuan khas ini, ia akan dikreditkan kepada yang layak pada 05 April 2024, Jumaat. Cara pembayaran pula adalah secara kredit terus ke akaun penerima yang layak.

Dimaklumkan bahawa pembayaran bantuan ini dibuat secara automatik dan tidak melibatkan sebarang permohonan.

Selain itu, terdapat beberapa negeri juga yang setuju memberikan bantuan khas bersempena Hari Raya Aidilfitri kepada para penjawat awam negeri masing-masing.

Antaranya adalah negeri Selangor iaitu sebanyak sebulan gaji atau minimum RM1,000. Kerajaan Negeri Selangor juga memberikan bantuan sebanyak RM500 kepada penggerak masjid seperti nazir, imam, bilal, siak serta guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (Kafa).

Negeri Johor pula memberikan Bantuan Khas Aidilfitri sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,500 kepada 17,704 orang penjawat awam Johor termasuk yang berkhidmat di pihak berkuasa tempatan (PBT) dan badan berkanun negeri.

JOM MASUK TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Dalam perkembangan sama, Negeri Perak turut setuju memberikan bantuan sama dengan kadar RM1,000 kepada semua penjawat awam negeri dan buat julung kalinya mengumumkan bantuan sama kepada 995 ketua kampung di negeri berkenaan.

Menurut jangkaan, sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini akan disambut pada 10 April 2024. Tarikh melihat anak bulan Syawal pula ditetapkan pada petang 9 April 2024 di 29 lokasi di seluruh negara.

Lokasi yang telah dikenal pasti untuk melihat anak bulan Syawal adalah di Pontian Kecil, Johor, Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka, Kompleks Baitul Hilal Telok Kemang, Negeri Sembilan, Bukit Melawati, Kuala Selangor, Bukit Jugra, Banting, Balai Cerap Selangor Sabak Bernam di Selangor serta Pantai Pasir Panjang, Manjong di Perak dan Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh, Pulau Pinang.

Bersempena sambutan hari raya, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) juga telah memperuntukkan cuti tambahan selama tiga hari kepada sekolah di Malaysia mengikut kategori kumpulan masing-masing.

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong FELDA Ambilan Jun 2025: Syarat-Syarat & Cara Memohon

Jawatan Kosong FELDA Ambilan Jun 2025: Syarat-Syarat & Cara Memohon

Pada ketika ini, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…
Bantuan Bil Air Percuma Untuk B40 dan M40: Permohonan Masih Dibuka

Bantuan Bil Air Percuma Untuk B40 dan M40: Permohonan Masih Dibuka

Air bersih merupakan elemen asas yang sangat penting dalam kehidupan harian manusia. Tanpa air yang selamat dan bersih, segala aspek…
Senarai Penuh Penerima Bantuan RM200 'One-Off' Bulan Jun 2025

Senarai Penuh Penerima Bantuan RM200 'One-Off' Bulan Jun 2025

Golongan B40 merujuk kepada 40 peratus isi rumah berpendapatan terendah di Malaysia, yang lazimnya berpendapatan bulanan kurang daripada RM4,850. Dalam…