Bantuan Khas Aidilfitri minimum RM1,500: Berikut senarai penuh penerima & tarikh pembayarannya

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah bantuan-bantuan yang diperkenalkan bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi tahun 2023.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan berkenaan: –

Bantuan Khas Aildilfitri

Seperti mana yang kita sedia maklum, Kerajaan Persekutuan ada memperkenalkan Bantuan Kewangan bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Kadar bantuan itu adalah sebanyak RM700 kepada para penjawat awam dan RM350 untuk pesara Kerajaan.

Dalam perkembangan lain, pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang turut memperkenalkan Bantuan Khas Aidilfitri sebanyak 0.75 gaji bulanan atau minimum RM1,500 kepada yang layak.

Bantuan ini akan disalurkan kepada semua kakitangan awam negeri berkenaan selepas diluluskan oleh Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (MMK).

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Tarikh Pembayaran

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, dalam satu kenyataan berkata pembayaran bantuan itu akan dibuat pada 17 April 2023 yang turut membabitkan semua pihak berkuasa tempatan (PBT) dan badan berkanun negeri.

Dalam masa sama, Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM300 turut disalurkan kepada penyelia dan guru Kelas al-Quran serta Fardu Ain (KAFA), guru sekolah rendah agama rakyat (SRAR) dan guru sekolah menengah agama rakyat (SMAR).

“Ia turut membabitkan kakitangan SRAR, SMAR dan sekolah agama bantuan kerajaan (SABK), guru tahfiz, pondok dan tadika Islam (TADIS) serta guru dan kakitangan sekolah persendirian Cina negeri Pulau Pinang,” katanya.

Tambahnya, bantuan ini adalah sebagai tanda penghargaan kepada anggota perkhidmatan awam negeri di atas sumbangan dan komitmen tidak berbelah bahagi yang diberikan mereka.

ARTIKEL BERKAITAN

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Dalam landskap sosial Malaysia yang semakin kompleks, peranan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menjadi semakin penting sebagai agensi utama yang memastikan…
Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pada ketika ini, Lembaga Tabung Haji sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Pada ketika ini, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…