bantuan khas

Bantuan Khas Bersasar RM300 dibayar sebelum Aidilfitri: Ini senarai penuh penerima

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Bantuan-bantuan ini adalah merupakan usaha Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan dan meringankan beban mereka. Hal itu, termasuklah bantuan yang diperkenalkan apabila semakin dekatnya sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan yang telah diperkenalkan: –

Bantuan Khas Bersasar RM300

Baru-baru ini, pihak Kerajaan telah mengumumkan pemberian Bantuan Khas Bersasar sebanyak RM300 kepada eneroka FELDA berpendapatan RM1,000 ke bawah.

Bantuan Khas Bersasar itu akan dibayar kepada setiap peneroka di 317 tanah rancangan FELDA seluruh negara. Selain itu peneroka yang berpendapatan RM1,001 hingga RM2,000 juga akan menikmati penangguhan potongan hutang (tidak termasuk Kos Operasi Ladang) untuk hasil bulan Mac.

“Saya berharap pihak pengurusan FELDA dapat melaksanakan (pengagihan bantuan khas ini) sebelum Aidilfitri dan memastikan tiada yang tercicir,” kata Timbalan Perdana Menteri, merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Tarikh Pembayaran Bantuan

Berkenaan dengan tarikh pembayaran, bantuan ini akan disalurkan kepada setiap penerimanya sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri. Namun begitu, tarikh rasmi masih belum diumumkan dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Dalam perkembangan sama, FELDA kini turut menyasarkan sekurang-kurangnya 50 orang anak tanah rancangan itu menyambung pengajian di Universiti Kuala Lumpur (UniKL) khusus dalam kursus Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) pada sesi pengambilan akan datang.

Pada tahun lalu, UniKL sebagai salah satu Rangkaian Universiti Teknikal Malaysia (MTUN) menerima 29 anak FELDA termasuk 13 orang di peringkat ijazah dan 16 orang peringkat diploma.

JOM MASUK TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Di samping itu, beberapa buah negeri sebelum ini telah mengumumkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri kepada penjawat awam masing-masing.

Antaranya adalah Kerajaan Negeri Pulau Pinang apabila mengumumkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2024 sebanyak setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM1,200. Bantuan sama tapi dengan kadar RM300 turut diberikan kepada penyelia dan guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA), guru sekolah rendah agama rakyat (SRAR), guru sekolah menengah agama rakyat (SMAR).

Seterusnya adalah Kerajaan Negeri Perak yang mengumumkan Bantuan Khas Kewangan Raya (BKK Raya) RM1,000 kepada semua penjawat awam negeri. Buat kali pertamanya, bantuan ini turut dipanjangkan kepada para Ketua Kampung di negeri berkenaan.

Bantuan Khas Kewangan Raya itu melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM8.8 juta dan akan memanfaatkan 8,804 penerima.

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong Terkini PUSPAKOM: Permohonan Ambilan Julai 2025 Masih Dibuka

Jawatan Kosong Terkini PUSPAKOM: Permohonan Ambilan Julai 2025 Masih Dibuka

Pada ketika ini, Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…
E-Tunai/E-Wallet RM300 Setiap Bulan: Senarai Mereka Yang Layak Memohon Bantuan BINGKAS

E-Tunai/E-Wallet RM300 Setiap Bulan: Senarai Mereka Yang Layak Memohon Bantuan BINGKAS

Golongan B40 dan M40 merujuk kepada kategori isi rumah berdasarkan pendapatan bulanan di Malaysia. B40 adalah singkatan bagi “Bottom 40%”…
Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Pada ketika ini, Angkatan Pertahanan Awam kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…