Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan yang paling dinanti-nantikan oleh umat Islam di seluruh dunia. Ia menandakan berakhirnya bulan Ramadan yang penuh dengan ibadah, keinsafan, dan pengorbanan. Hari Raya bukan sekadar perayaan, tetapi juga masa untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan, memohon keampunan, dan berkongsi kegembiraan dengan orang tersayang.
Pada hari raya, umat Islam akan saling bermaafan sebagai tanda keikhlasan dan kesucian hati. Amalan menziarahi sanak saudara dan sahabat handai juga menjadi kebiasaan, diiringi dengan pelbagai juadah tradisional seperti ketupat, rendang, lemang, dan kuih raya.
Bagi kanak-kanak, Hari Raya menjadi saat yang paling menggembirakan kerana mereka berpeluang mengumpul duit raya daripada ahli keluarga dan jiran. Selain itu, rumah terbuka turut menjadi sebahagian daripada budaya masyarakat Malaysia, melambangkan semangat perpaduan dan keharmonian antara kaum.
Di sebalik kemeriahan sambutan, Hari Raya Aidilfitri sebenarnya membawa makna yang lebih mendalam. Ia bukan hanya tentang pakaian baru atau makanan enak, tetapi lebih kepada penyucian jiwa selepas sebulan berpuasa. Ia juga mengajar nilai kesederhanaan, keikhlasan, dan kepentingan membantu golongan yang kurang bernasib baik.
Ramai juga yang mengambil kesempatan ini untuk menghulurkan sumbangan kepada mereka yang memerlukan, seperti anak yatim dan fakir miskin, bagi memastikan mereka turut merasakan kegembiraan Hari Raya.
Ketika sibuk membuat persiapan Hari Raya, adalah penting untuk berbelanja secara berhemah agar tidak membebankan kewangan selepas perayaan. Selain itu, bagi mereka yang pulang ke kampung, aspek keselamatan di jalan raya juga perlu diutamakan dengan memandu secara cermat dan memastikan rumah ditinggalkan dalam keadaan selamat.
Hari Raya Aidilfitri adalah masa untuk meraikan kemenangan selepas sebulan berpuasa, tetapi ia juga mengingatkan kita tentang pentingnya nilai kasih sayang, kemaafan, dan kepedulian terhadap sesama insan.
Dalam masa, terdapat juga bantuan yang diperkenalkan oleh pihak Kerajaan Negeri bersempena dengan sambutan Hari Raya ini. Antaranya adalah dengan memperkenalkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri dan ini adalah maklumatnya: –
Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri
Pada 6 Mac 2025, pihak Kerajaan Negeri Perak telah memaklumkan tentang pelaksanaan Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri sebanyak RM1,500 secara one-off.
Bantuan itu akan dibayar kepada para anggota perkhidmatan awam negeri pada 24 Mac 2025 nanti dan akan melibatkan kira-kira 13,582 orang penerima.
Bantuan itu melibatkan peruntukan sekitar RM10 juta dan turut akan diberikan kepada ketua kampung, guru lantikan negeri, Orang Besar Jajahan serta pekerja sambilan harian.
Bantuan Hari Raya 2025
Selain itu, Kerajaan Negeri Pulau Pinang turut memperkenalkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) bersempena Aidilfitri sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada anggota perkhidmatan awam negeri berkenaan.
Bantuan melibatkan 7,066 orang penerima itu akan melibatkan peruntukan kewangan berjumlah RM7.81 juta. Tarikh pembayarannya pula adalah pada 19 Mac 2025 nanti dengan kaedah dikreditkan terus ke akaun penerima.
“Ia sebagai penghargaan kepada semua anggota perkhidmatan awam negeri atas sumbangan dan komitmen tidak berbelah bahagi dalam merealisasikan Visi Penang 2030, iaitu ke arah sebuah Negeri Pintar dan Hijau Berteraskan Keluarga Inspirasi Negara,” menurut kenyataan Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang.
Dalam masa sama, Bantuan Khas sebanyak RM300 pula akan diberikan kepada penyelia, guru serta petugas Kelas Al-Quran dan Fardu Ain, sekolah rendah agama rakyat, sekolah menengah agama rakyat, sekolah agama bantuan kerajaan, tahfiz, pondok, tadika Islam dan sekolah persendirian Cina Pulau Pinang.
SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021
Di samping itu, Kerajaan Negeri Sembilan turut memperkenalkan bantuan sama dengan kadar RM200 secara ‘one-off’. Bantuan ini diberikan kepada para Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan yang berkhidmat di Negeri Sembilan.
Bantuan ini dibayar secara terus ke akaun penerima secara automatik pada 25 Februari 2025 lalu.