Kerajaan setuju beri Bantuan Khas Kewangan (BKK) RM700: Ini tarikh & senarai penerima yang layak

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan, sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Salah satunya adalah melalui Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak RM350 dan RM700, seperti mana yang dimaklumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 30 Ogos lalu.

Bantuan Khas Kewangan (BKK)

BKK pada asasnya merupakan bantuan kewangan kepada Penjawat Awam dan pesara Kerajaan dengan jumlah berikut:

  • RM700: Anggota perkhidmatan awam Gred 56 ke bawah
  • RM350: Pesara Kerajaan dan veteran kerajaan tidak berpencen

 

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Tarikh Pembayaran

Berkenaan dengan tarikh pembayaran BKK, ia akan dilaksanakan pada bulan Januari tahun hadapan (2023) kepada setiap penerima yang layak.

Berkenaan dengan kaedah pembayaran, ia akan dilaksanakan secara automatik ke akaun bank penerima masing-masing pada bulan berkenaan.

Dalam masa sama, Perdana Menteri juga mengucapkan terima kasih kepada semua penjawat awam yang sentiasa memastikan jentera Kerajaan bergerak dengan berkesan, melaksanakan dasar dan menjayakan setiap aspirasi Kerajaan.

BKK ini akan melibatkan sekitar 1.3 juta kakitangan awam dengan membabitkan implikasi kewangan kepada kerajaan berjumlah RM1.3 bilion.

Selain itu, pihak Kerajaan turut mengumumkan tambahan khas RM100 dalam Bayaran Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) bagi penjawat awam Gred 11 hingga Gred 56 dan akan dibayar mulai Januari 2023, serta akan membabitkan kira-kira 1.28 juta penjawat awam serta implikasi kewangan sebanyak RM1.5 bilion.

 

ARTIKEL BERKAITAN

STR Fasa 3 dibayar bulan depan: Maklumat senarai penuh penerima dan jumlah bayaran

STR Fasa 3 dibayar bulan depan: Maklumat senarai penuh penerima dan jumlah bayaran

Untuk membantu rakyat Malaysia yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau…
Bantuan e-Dompet RM200 dibayar bulan ini: Senarai penuh penerima yang akan dikreditkan

Bantuan e-Dompet RM200 dibayar bulan ini: Senarai penuh penerima yang akan dikreditkan

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan…
Tiga tahun tak dibayar OT: Ini kisah Pekerja Keselamatan yang menang tuntutan RM58,000

Tiga tahun tak dibayar OT: Ini kisah Pekerja Keselamatan yang menang tuntutan RM58,000

Penantian seorang Pekerja Keselamatan sebuah bengkel dan pusat tuntutan insurans akhirnya membuahkan hasil apabila menang kes tuntutan kerja lebih masanya…