bantuan khas kewangan

Bantuan Khas Kewangan minimum RM1,000 telah dibayar ke akaun: Semak senarai penuh penerima

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.  Bantuan-bantuan ini diperkenalkan sebagai usaha Kerajaan meringankan beban mereka yang memerlukan.

Hal itu, termasuklah sumbangan kewangan bersemepena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang telah disambut dengan meriahnya minggu lalu. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan Bantuan Khas Kewangan yang telah diperkenalkan: –

Bantuan Khas Kewangan

Bersempena dengan sambutan Hari Raya Puasa/Aidilfitri tahun 2024 ini, beberapa buah negeri telah memperkenalkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri dengan kadar yang berbeza-beza. Antaranya termasuklah Kerajaan Negeri Selangor.

Melalui Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri, Kerajaan Negeri Selangor telah bersetuju memberikan sumbangan sebanyak sebulan gaji atau minimum RM1,000 kepada semua anggota perkhidmatan kerajaan negeri berkenaan. Bantuan khas itu merangkumi penjawat awam di bawah pentadbiran Setiausaha Kerajaan (SUK) Selangor dan penjawat awam persekutuan lantikan tetap yang berkhidmat dalam jabatan di bawah pentadbiran SUK Selangor.

Dalam masa sama, Kerajaan Negeri turut memberikan bantuan khas sebanyak sebuah elaun kepada para pemimpin masyarakat seperti Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), pegawai perhubungan kampung, kampung baru dan ketua komuniti India, Setiausaha MPKK, Penyelia Pusat Wanita Berdaya Selangor (WBS) dan Penggerak Belia Selangor (PeBS).

Bantuan khas sebanyak RM500 pula diberikan kepada para penggerak masjid seperti nazir, imam rawatib, siak dan bilal untuk semua masjid serta guru rakyat yang berkerja bawah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Bantuan khas ini melibatkan implikasi kewangan sekitar RM45 juta itu dan telah pun disalurkan kepada yang layak pada 8 April 2024 lalu. Dimaklumkan bahawa pemberian bantuan khas ini tidak melibatkan sebarang permohonan dan disalurkan secara kredit terus ke akaun penerima.

Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri negeri-negeri lain

Negeri Kedah turut mempekenalkan bantuan sama, tapi dengan kadar sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam negeri berkenaan. Pemberian bantuan itu melibatkan peruntukan keseluruhan berjumlah RM6.2 juta yang akan dibayar kepada seramai 5,221 penjawat awam di negeri itu.

Negeri Pulau Pinang pula memberikan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM1,200 kepada seluruh anggota perkhidmatan awam negeri itu. Serentak dengan itu, Bantuan Khas sebanyak RM300 juga diberikan kepada penyelia dan guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA), guru sekolah rendah agama rakyat (SRAR), guru sekolah menengah agama rakyat (SMAR).

Bagi penjawat awam negeri Pahang, sekitar 8,000 penjawat awam negeri berkenaan layak menerima Bantuan Khas Aidilfitri sebanyak RM1,000. Manakala, Negeri Perak pula menetapkan kadar Bantuan Khas itu sebanyak RM1,000 kepada semua penjawat awamnya.

Mereka yang layak termasuklah guru lantikan negeri, Orang Besar Jajahan serta pekerja sambilan harian. Buat julung kalinya, bantuan khas itu turut dipanjangkan kepada semua 995 ketua kampung di seluruh negeri Perak. Ia babitkan peruntukan sebanyak RM8.8 juta dan akan memanfaatkan 8,804 penerima.

JOM MASUK TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Di peringkat Persekutuan, Bantuan Khas Kewanga Aidilfitri sebanyak RM500 kepada penjawat awam Gred 56 ke bawah dan pegawai lantikan Contract of Service (COS), pegawai sambilan harian serta pegawai lantikan MySTEP.

Turut layak menerimanya adalah pegawai yang bercuti dengan bergaji penuh, bercuti separuh gaji dan bercuti tanpa gaji serta pegawai yang dipinjamkan, termasuk ke agensi yang diasingkan saraannya. BKKA ini dibayar oleh agensi yang menerima peminjaman pegawai itu.

Para pesara pula menerima sumbangan aidilfitri sebanyak RM250, termasuk veteran berpencen serta tidak berpencen.

ARTIKEL BERKAITAN

Tarikh rasmi kebenaran pengeluaran Akaun 3 telah diumumkan: Berikut cara buat permohonan

Tarikh rasmi kebenaran pengeluaran Akaun 3 telah diumumkan: Berikut cara buat permohonan

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai insiatif dan bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan. Antaranya adalah melalui Kumpulan Wang…
UPM buka lebih 20 jawatan kosong untuk lepasan SPM hingga Ijazah: Mohon sekarang

UPM buka lebih 20 jawatan kosong untuk lepasan SPM hingga Ijazah: Mohon sekarang

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Universiti Putra Malaysia (UPM) kini sedang membuka pengambilan banyak jawatan kosong bagi melancarkan…
Sewa Rumah PPR RM280/sebulan: Syarat-syarat & cara memohon untuk tahun 2024

Sewa Rumah PPR RM280/sebulan: Syarat-syarat & cara memohon untuk tahun 2024

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan…