Bantuan Khas Kewangan

Bantuan Khas Kewangan minimum RM2,500 dibayar bulan depan: Ini senarai mereka yang layak

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah Bantuan Khas Kewangan (BKK) yang diperkenalkan oleh negeri-negeri berdasarkan peruntukan Belanjawan 2023 masing-masing.

Perkara sama turut diumumkan oleh Kerajaan Negeri Sembilan apabila BKK sebanyak satu bulan setengah gaji atau minimum RM2,500 diberikan kepada mereka yang berkelayakan.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan kewangan ini: –

Penerima Bantuan Khas Kewangan

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun ketika membentangkan belanjawan negeri itu berkata, bantuan berkenaan akan diberikan kepada 5,599 orang penjawat awam di negeri itu.

Bantuan itu diperkenalkan sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada penjawat awam negeri berkenaan, yang sentiasa komited dalam melaksanakan tugas diamanahkan.

Ia juga akan disalurkan kepada setiap penerima sebanyak dua kali iaitu pada awal bulan Januari dan minggu pertama April tahun hadapan (2023).

“Diharapkan bantuan khas kewangan ini dapat menyuntik semangat semua penjawat awam untuk bekerja dengan lebih gigih lagi,” katanya, dipetik dari BH Online.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Baca juga:

Dalam perkembangan sama, Belanjawan Negeri Sembilan 2023 bertemakan Melunas Janji, Menggalas Harapan itu akan melibatkan belanja mengurus pada tahun hadapan adalah sebanyak RM550 juta dan peruntukan bagi perbelanjaan pembangunan pula sebanyak RM130 juta.

Malah, sebanyak 64 inisiatif membabitkan peruntukan RM107 juta akan dilaksanakan dalam belanjawan itu.

Ia merangkumi 42 inisiatif sedia ada yang akan dikekalkan atau ditambah baik dan 22 inisiatif baharu akan diperkenalkan.

Rujukan: BH Online.

ARTIKEL BERKAITAN

Program Bina Rumah Atas Tanah Sendiri: Cara Memohon Rumah Mesra Rakyat Tahun 2025

Program Bina Rumah Atas Tanah Sendiri: Cara Memohon Rumah Mesra Rakyat Tahun 2025

Memiliki rumah sendiri merupakan impian kebanyakan rakyat Malaysia, terutamanya golongan muda dan keluarga baharu. Ia bukan sahaja simbol kestabilan hidup,…
Jawatan Kosong Perkhidmatan Awam Sesi Julai 2025: Maklumat Jawatan & Cara Memohon

Jawatan Kosong Perkhidmatan Awam Sesi Julai 2025: Maklumat Jawatan & Cara Memohon

Pada ketika ini, Perbadanan Putrajaya kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Permohonan Rumah PPR 2025 Masih Dibuka: Syarat-Syarat Kelayakan dan Cara Memohon

Permohonan Rumah PPR 2025 Masih Dibuka: Syarat-Syarat Kelayakan dan Cara Memohon

Memiliki sebuah rumah sendiri adalah impian hampir setiap individu. Bagi golongan B40, yang merupakan kumpulan pendapatan isi rumah terendah di…