Bantuan Khas Kewangan

Bantuan Khas Kewangan RM1,500 dibayar pada bulan Januari depan: Berikut penerima yang layak

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Salah satunya adalah melalui Bantuan Khas Kewangan (BKK) oleh pihak Kerajaan-Kerajaan Negeri Malaysia dengan jumlah-jumlah yang telah diluluskan.

Perkara itu jugalah yang telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri Kelantan dengan peruntukan keseluruhan sebanyak RM13 juta.

Kadar Bantuan Khas Kewangan

Menurut kenyataan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah – pihak Kerajaan Negeri akan memberikan bantuan khas kewangan sebanyak RM1,500 kepada setiap penerima yang layak.

Mereka yang layak adalah semua penjawat awam di negeri berkenaan dan akan disalurkan pada bulan Januari tahun hadapan (2023).

Pemberian bantuan itu menurutnya diperkenalkan sebagai menghargai kakitangan awam di negeri Kelantan.

“Memandangkan prestasi kewangan kerajaan negeri memberangsangkan dan kita mencatatkan belanjawan lebihan selama lima tahun berturut-turut, sudah sampai masanya kita menghargai penjawat awam yang bekerja bersungguh-sungguh.

“Kita bersetuju memberi bantuan khas kepada penjawat awam RM1,500. Bantuan khas ini paling tinggi direkodkan untuk penjawat awam negeri,” kata Datuk Mohd Amar Nik Abdullah di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Baca juga:

Dalam perkembangan lain, pihak Kerajaan Negeri Kedah turut memperkenalkan BKK dengan nilai sama kepada semua penjawat awamnya.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak RM8 juta bagi bantuan tersebut yang akan dibayar pada bulan Disember ini.

Rujukan: BH Online & KOSMO

ARTIKEL BERKAITAN

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Dalam landskap sosial Malaysia yang semakin kompleks, peranan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menjadi semakin penting sebagai agensi utama yang memastikan…
Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pada ketika ini, Lembaga Tabung Haji sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Pada ketika ini, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…