Ini senarai mereka yang akan menerima Bantuan Kewangan RM500 – RM1,000 pada 27 April ini

Berbaki kurang sebulan lagi dengan datangnya Hari Raya Aidilfitri, sudah semestinya ramai di kalangan masyarakat yang sedang membuat persiapan bagi menyambut hari kebesaran berkenaan.

Prihatin dengan keadaan berkenaan, pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan di peringkat negeri dan persekutuan bagi meringankan beban mereka yang layak.

Antaranya termasuklah dengan Bantuan Khas Kewangan (BKK) Negeri Selangor sebanyak satu bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada semua penjawat awam di negeri berkenaan.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shar berkata, bantuan khas itu juga diberikan kepada Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN); Speaker; Timbalan Speaker; Ahli Dewan Negeri; pengurusan tertinggi dan anggota perkhidmatan kerajaan negeri yang gajinya dibayar oleh Kerajaan Persekutuan.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Dalam masa sama, kerajaan negeri bersetuju supaya jumlah pembayaran BKK yang dinamakan sebagai Insentif Rahmah Ramadan Selangor sejumlah RM1,000 dipanjangkan kepada pemimpin masyarakat iaitu Pengerusi MPKK; Pegawai Perhubungan Kampung Baru, Bagan, Tersusun, Ketua Komuniti India, Setiausaha MPKK dan Penyelia Wanita Berdaya Selangor (WBS).

Insentif Rahmah Ramadan Selangor turut diberikan kepada penggerak masjid (Nazir, Imam, Siak dan Bilal) atas dedikasi pengimarahan institusi masjid sepanjang Ramadan ini dengan jumlah bantuan RM500.

Tarikh Bayaran

Berkenaan dengan tarikh bayaran bantuan khas itu, ia akan disalurkan pada setiap penerima pada 27 April 2022 dengan anggaran peruntukan sebanyak RM39.15 juta.

Diharapkan bantuan ini nanti sedikit sebanyak akan membantu meringankan beban mereka yang layak dalam menyambut Hari Raya Aidilfitri nanti.

 

ARTIKEL BERKAITAN

200 Jawatan Kosong Guru KAFA: Permohonan Dibuka Sehingga 15 November 2025

200 Jawatan Kosong Guru KAFA: Permohonan Dibuka Sehingga 15 November 2025

Pada ketika ini, Institut Pengajian Islam Dan Dakwah Sabah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sedang mencari calon yang berkualiti untuk…
Jawatan Kosong Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB): Gaji Sehingga RM4,680

Jawatan Kosong Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB): Gaji Sehingga RM4,680

Pada ketika ini, Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang…
Jawatan Kosong Koperasi Permodalan FELDA 2025, Terbuka Untuk Lepasan SPM - Ijazah

Jawatan Kosong Koperasi Permodalan FELDA 2025, Terbuka Untuk Lepasan SPM - Ijazah

Pada ketika ini, Koperasi Permodalan FELDA Malaysia Berhad sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang…