Bantuan Khas Kewangan

Bantuan Khas Kewangan RM500: Maklumat penerima, tarikh bayaran & cara dibayar

Pada 18 Oktober lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membentangkan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat. Belanjawan 2025 melibatkan peruntukan kseluruhan sebanyak RM412 bilion dengan pembagian:

  • Belanja Mengurus: RM335.0b
  • Belanja Pembangunan: RM86.0b
  • Simpanan Luar Jangka: RM2.0b
    *Tidak termasuk RM2.0 bilion Simpanan Luar Jangka

 

Di bawah belanjawan berkenaan, pelbagai jenis inisiatif dan bantuan telah diperkenalkan atau ditambah baik. Antaranya adalah dengan memperkenalkan kembali Bantuan Khas Kewangan.

Bantuan Khas Kewangan

Ketika membentangkan Belanjawan 2024, Perdana Menteri telah mengumumkan pelaksanaan Bantuan Khas Kewangan kepada semua penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak. Dalam masa sama, para veteran berpencen serta veteran tidak berpencen juga layak menerima bantuan khas ini.

Jumlah Bantuan Khas Kewangan yang ditetapkan adalah sebanyak:

  • RM500: Semua penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak.
  • RM250: Para veteran berpencen serta veteran tidak berpencen.

 

Pembayaran bantuan khas ini akan dibuat pada bulan Februari 2025 tahun hadapan. Bantuan ini akan diberikan secara kredit terus ke akaun penerima dan tidak memerlukan sebarang permohonan.

“Sukacita saya mengumumkan, Kerajaan bersetuju memberikan Bantuan Khas Kewangan sebanyak 500 ringgit kepada semua penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak. Bantuan Khas Kewangan turut diberikan kepada semua pesara Kerajaan termasuk veteran berpencen dan veteran tidak berpencen sebanyak 250 ringgit. Bantuan ini akan disalurkan pada bulan Februari 2025,” kata Perdana Menteri ketika membentangkan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat.

Bantuan Sara Hidup (BSH)

Dalam masa sama, pihak Kerajaan juga bersetuju untuk menaikkan kadar Bantuan Sara Hidup dari RM300 sebulan kepada RM500 sebulan. Bantuan ini pada asasnya berobjektif untuk meringankan beban sara hidup harian Veteran ATM yang memerlukan.

Berdasarkan maklumat dari portal rasmi Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV), syarat-syarat kelayakan Bantuan Sara Hidup adalah:

  • Veteran ATM:
    • Bekas anggota tetap Angkatan Tentera Malaysia;
    • Bekas Tentera British yang berkhidmat di Malaya / Malaysia atau Singapura termasuk Ranger di Sarawak;
    • Bekas ahli Pasukan 136 dan bekas Askar Wataniah yang dikerah sepenuh masa
  • Had umur yang layak dipertimbangkan BSH adalah 60 tahun keatas dengan pendapatan bulanan di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK);
  • Tidak diberhentikan dibawah kes tatatertib;
  • Balu yang berkahwin semula tidak layak;
  • Anak yatim piatu hendaklah berumur kurang dari 18 tahun dan di bawah 21 tahun jika masih belajar. Jika cacat kekal, tiada syarat had umur;
  • Faktor kesihatan atau penyakit yang menghalang pekerjaan (dengan pengesahan Pegawai Perubatan Kerajaan), bilangan anak yang bersekolah atau melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi juga boleh dipertimbangkan pemberian BSH.

 

Permohonannya boleh dibuat dengan mengisi Borang Skim Bantuan Kebajikan JHEV.BK.2019 secara lengkap oleh pemohon sendiri atau warisnya.

Borang yang lengkap perlu dihantar ke  Pejabat JHEV Cawangan Negeri mengikut negeri kediaman veteran.

Selain itu, di bawah Belanjawan 2024 – pihak Kerajaan turut bersetuju untuk melanjutkan bayaran Penghargaan Khas Kepada Pesara dan penerima pencen terbitan mulai Januari hingga Disember 2025.

JOM MASUK TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA)

Pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) telah mula dijalankan secara berfasa bermula pada 1 Disember 2024 melibatkan pelarasan gaji sebanyak 15% kepada Kumpulan Pelaksana dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta 7% kepada Kumpulan Pengurusan Tertinggi. Dengan SSPA yang baharu, penjawat awam akan memperoleh pendapatan minimum berjumlah RM2,115 sebulan.

Selari dengan pelaksanaan SSPA, pelarasan pencen secara berfasa berdasarkan pelarasan peratusan ke atas gaji akhir pesara mengikut kumpulan perkhidmatan masing-masing termasuklah pesara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) turut dijalankan.

Untuk maklumat lebih lengkap berkenaan Belanjawan 2025, sila rujuk di Portal Rasmi Belanjawan MOF – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan RM1,000 Dibayar 'One-Off' Kepada Penerima: Diberikan Automatik, Tanpa Perlu Memohon

Bantuan RM1,000 Dibayar 'One-Off' Kepada Penerima: Diberikan Automatik, Tanpa Perlu Memohon

Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan yang dinanti-nantikan, termasuk di Malaysia. Ia bukan sahaja menandakan berakhirnya bulan Ramadan, tetapi juga menjadi…
Bantuan Tunai RM1,000 Dikreditkan Hari Ini (19 Mac 2025): Dibayar Secara Automatik Kepada Penerima

Bantuan Tunai RM1,000 Dikreditkan Hari Ini (19 Mac 2025): Dibayar Secara Automatik Kepada Penerima

Hari Raya Aidilfitri adalah saat yang dinanti-nantikan di seluruh dunia. Ia bukan sekadar perayaan selepas sebulan berpuasa, tetapi juga simbol…
Bantuan RM100 Dikreditkan Automatik Ke MyKad/Kad Pengenalan: Ini Cara Menggunakannya

Bantuan RM100 Dikreditkan Automatik Ke MyKad/Kad Pengenalan: Ini Cara Menggunakannya

Golongan B40 merujuk kepada 40% penduduk Malaysia yang mempunyai pendapatan isi rumah terendah. Kategori ini ditentukan berdasarkan Pendapatan Garis Median…