Bantuan Khas Kewangan RM700 akan dibayar tahun depan: Senarai penerima & tarikh pembayaran

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Salah satunya adalah melalui Bajet 2023 yang telah dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz di Dewan Rakyat, hari ini.

Ini kerana, pihak Kerajaan telah memperkenalkan Bantuan Kewangan Khas (BKK) yang akan dilaksanakan pada tahun hadapan (2023). Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan itu:

Kadar Bantuan

BKK akan melibatkan dua jenis bantuan kewangan iaitu:

  • RM700: Penjawat awam gred 56 ke bawah
  • RM350: Pesara Kerajaan

 

Jumlah keseluruhan bantuan ini adalah sebanyak RM1.3 bilion yang akan dimanfaatkan oleh 1.3 juta penjawat awam gred 56 ke bawah dan 1 juta pesara Kerajaan.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Tarikh Pembayaran

Pembayaran BKK akan dilaksanakan pada bulan Januari 2023 seperti mana yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Ke-18, Ogos lalu.

Maklumat lengkap berkenaan Bajet 2023 boleh dirujuk di Portal Rasmi Bajet 2023 – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pada ketika ini, Lembaga Tabung Haji sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Pada ketika ini, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…
Jawatan Kosong Tenaga Nasional Berhad (TNB): Taraf Jawatan Tetap, Kelayakan Minima SPM

Jawatan Kosong Tenaga Nasional Berhad (TNB): Taraf Jawatan Tetap, Kelayakan Minima SPM

Pada ketika ini, Tenaga Nasional Berhad (TNB) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…