bantuan khas

Bantuan Khas minima RM1,000 telah dibayar kepada yang layak: Senarai penuh penerima

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah bantuan kewangan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri yang dikenali sebagai Bantuan Khas Kewangan (BKK).

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan kewangan yang diperkenalkan: –

Bantuan Khas Minimum RM1,000

Pada November 2023 lalu, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah mengumumkan sumbangan Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,000.

Bantuan itu akan disalurkan kepada sekitar 3,867 penjawat awam negeri berkenaan dengan implikasi kewangan sebanyak hampir RM6.046 juta.

Menurut Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow pemberian bantuan itu diharapkan dapat meningkatkan semangat penjawat awam dalam menjalankan tugas mereka.

“Kerajaan negeri amat bertuah kerana memiliki barisan penjawat awam yang berdedikasi, berintegriti dan komited untuk memastikan dasar kerajaan negeri dilaksanakan secara berkesan,” katanya.

Pembayaran Bantuan Khas Kewangan

Tarikh pembayaran bantuan ini adalah pada bulan Disember 2023. Kaedahnya pula adalah secara kredit terus ke akaun penerima yang layak.

Dalam masa sama, bantuan kewangan sebanyak RM300 juga diberikan kepada para penyelia dan guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA), guru Sekolah Rendah Agama Rakyat, guru Sekolah Menengah Agama Rakyat dan guru serta staf Sekolah Persendirian Cina.

Kadar sama turut akan diberikan kepada guru tahfiz, guru pondok dan guru tadika Islam negeri.

JOM MASUK TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Kerajaan Negeri Pulau Pinang kini beriltizam untuk meneruskan aspirasi dan gagasan Visi Penang 2030 ke arah merealisasikan Pulau Pinang sebagai negeri pintar dan hijau berteraskan keluarga inspirasi negara.

ARTIKEL BERKAITAN

Pengambilan besar-besaran Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM): Mohon sekarang!

Pengambilan besar-besaran Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM): Mohon sekarang!

Pada ketika ini, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi banyak jawartan kosong yang dibuka.…
Jumlah bayaran STR Fasa 4 untuk isi rumah, warga emas & bujang: Dikreditkan terus ke akaun

Jumlah bayaran STR Fasa 4 untuk isi rumah, warga emas & bujang: Dikreditkan terus ke akaun

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pihak Kerajaan telah memperkenalkan pelbagai jenis bantuan sama ada berbentuk tunai, e-dompet, geran, rumah…
Bantuan Bil Elektrik untuk rakyat Malaysia setiap bulan: Semak senarai penuh penerima

Bantuan Bil Elektrik untuk rakyat Malaysia setiap bulan: Semak senarai penuh penerima

Dalam keadaan ekonomi yang semakin mencabar, kerajaan Malaysia sentiasa berusaha mencari jalan untuk meringankan beban rakyat, terutamanya golongan berpendapatan rendah…