bantuan khas

Bantuan Khas RM2,000 untuk penerima yang layak secara ‘one-off’: Berikut tarikh pembayarannya

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah bantuan-bantuan kewangan yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2024 Negeri Kelantan seperti mana yang dibentangkan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud.

Berikut adalah penerangan lanjut berkenaan kewangan yang diperkenalkan: –

Bantuan Khas RM2,000

Ketika pembentangan Belanjawan Negeri Kelantan 2024, Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Nassuruddin Daud telah mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak RM2,000 secara ‘one-off’.

Bantuan khas itu nanti akan diberikan kepada para penjawat awam negeri berkenaan dengan implikasi kewangan sebanyak RM18 juta.

Bantuan khas itu diberikan sebagai usaha menghargai jasa dan bakti pegawai serta kakitangan kerajaan negeri yang telah melaksanakan tanggungjawab dengan penuh integriti dalam membangunkan Kelantan.

“Bayaran penghargaan ini juga akan turut diterima pegawai lantikan politik termasuk ahli-ahli majlis, penghulu, halaqat, penyelaras ICT DUN (teknologi komunikasi dan maklumat Dewan Undangan Negeri), penyelaras pembangunan armalah, guru pondok, guru al-Quran dan guru fadhu ain serta guru jahitan (mudaribbah) dan dibayar dengan kadar yang bersesuaian,” katanya.

Tarikh Pembayaran

Bantuan kewangan ini akan dibayar kepada yang layak pada bulan Februari 2024, secara kredit terus ke akaun penerima.

Untuk makluman, bantuan ini tidak membabitkan sebarang permohonan dan akan diberikan secara automatik kepada yang menepati syarat-syarat kelayakan.

JOM MASUK KE TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Kerajaan Kelantan membentangkan Belanjawan 2024 berjumlah RM1.61 bilion dengan anggaran defisit RM178.49 juta. Akan tetapi, kerajaan negeri akan memberikan keutamaan kepada projek atau program yang dapat merangsang kemakmuran negeri serta memangkin kesejahteraan rakyat.

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Pada ketika ini, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…
Jawatan Kosong Tenaga Nasional Berhad (TNB): Taraf Jawatan Tetap, Kelayakan Minima SPM

Jawatan Kosong Tenaga Nasional Berhad (TNB): Taraf Jawatan Tetap, Kelayakan Minima SPM

Pada ketika ini, Tenaga Nasional Berhad (TNB) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
200 Jawatan Kosong Guru KAFA: Permohonan Dibuka Sehingga 15 November 2025

200 Jawatan Kosong Guru KAFA: Permohonan Dibuka Sehingga 15 November 2025

Pada ketika ini, Institut Pengajian Islam Dan Dakwah Sabah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sedang mencari calon yang berkualiti untuk…