bantuan khas

Bantuan Khas RM300 telah dikreditkan ke akaun penerima: Senarai penuh penerima yang layak

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah bantuan tunai yang dikenali sebagai Bantuan Khas Penghargaan (BKP). Ini adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan berkenaan: –

Bantuan Khas RM300

Untuk tahun 2023, Kerajaan Negeri Sabah telah memperkenalkan sebuah bantuan tunai yang dikenali sebagai Bantuan Khas Penghargaan (BKP) sebanyak RM300 secara ‘one-off’.

Bantuan khas ini diberikan kepada semua penjawat awam negeri Sabah merangkumi para pegawai lantikan tetap, sementara dan Contract of Service (COS); pegawai yang bercuti bergaji penuh; pegawai yang bercuti separuh gaji; pegawai yang bercuti tanpa gaji; dan pegawai yang dipinjamkan termasuk ke agensi yang diasingkan pengurusan saraannya.

Bagi para pesara Kerajaan Negeri pula, mereka layak menerima BKP sebanyak RM200 seorang. Akan tetapi, pembayarannya telah pun dilaksanakan lebih awal iaitu pada 10 Ogos lalu.

“Kerajaan Negeri melalui Mesyuarat Jemaah Menteri Siri 13/2023 pada 30 Ogos 2023 telah bersetuju untuk memberikan BKP Penjawat Awam Negeri sebanyak RM 300 kepada semua pegawai Perkhidmatan Awam Negeri.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Tarikh Pembayaran

Pembayaran bantuan khas ini telah pun disalurkan kepada yang layak pada 25 September lalu. Ia juga disalurkan secara kredit terus ke akaun penerima.

Bantuan ini diperkenalkan bagi menghargai sumbangan dan sebagai suntikan semangat kepada penjawat awam negeri untuk berusaha lebih gigih demi meningkatkan mutu perkhidmatan kepada rakyat.

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong Terkini PUSPAKOM: Permohonan Ambilan Julai 2025 Masih Dibuka

Jawatan Kosong Terkini PUSPAKOM: Permohonan Ambilan Julai 2025 Masih Dibuka

Pada ketika ini, Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…
E-Tunai/E-Wallet RM300 Setiap Bulan: Senarai Mereka Yang Layak Memohon Bantuan BINGKAS

E-Tunai/E-Wallet RM300 Setiap Bulan: Senarai Mereka Yang Layak Memohon Bantuan BINGKAS

Golongan B40 dan M40 merujuk kepada kategori isi rumah berdasarkan pendapatan bulanan di Malaysia. B40 adalah singkatan bagi “Bottom 40%”…
Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Pada ketika ini, Angkatan Pertahanan Awam kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…