bantuan khas

Bantuan Khas RM300 untuk pencarum KWSP: Senarai mereka yang layak & cara memohon

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan, sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri. Pelbagai program juga diperkenalkan bagi menyokong simpanan rakyat khususnya golongan berpendapata rendah B40 melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Ini kerana, KWSP telah pun datang dengan sebuah program yang dikenali sebagai i-Suri. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan i-Suri KWSP: –

Bantuan Khas RM300 di bawah i-Suri KWSP

Untuk pengetahuan semua, KWSP telah memperkenalkan sebuah program yang dikenali sebagai i-Suri. Program ini pada asasnya membolehkan golongan suri rumah untuk mencarum di dalam KWSP dan mendapat bantuan (insentif) khas. Kemudahan ini bertujuan bagi memastikan kesejahteraan golongan suri rumah serta mengiktiraf sumbangan mereka kepada keluarga dan pembangunan negara

Ia juga bertujuan untuk:

  • Golongan suri rumah mempunyai jaminan pendapatan persaraan di usia tua bagi suri rumah rentan yang berisiko tinggi untuk berada dalam kemiskinan;
  • Menjaga kebajikan suri rumah di usia tua atau berlaku perubahan mengejut dalam rumah tangga;
  • Menggalakkan budaya menyimpan secara berterusan untuk pendapatan persaraan di usia tua.

 

Faedah-faedah utama i-Suri adalah:

  • Insentif Khas
    • Menerima insentif khas sebanyak 50% bagi setiap RM1 caruman sehingga insentif khas maksimum RM300 dalam tahun semasa
  • Dividen Tahunan
    • Menikmati dividen tahunan atas simpanan persaraan
  • Bantuan Kematian
    • Tertakluk kepada terma dan syarat KWSP​
  • Pelepasan Cukai
    • Tertakluk kepada terma dan syarat LHDN

 

Dimaklunmkan bahawa ia tertakluk kepada had maksimum RM3,000 seumur hidup atau telah mencapai umur 55 tahun, mana-mana yang terdahulu.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Belum mencapai umur 55 tahun;
  • Ahli KWSP;
  • Golongan suri rumah yang berdaftar dalam Bank Data Kemiskinan Nasional (eKasih) berdasarkan senarai terkini​.

 

Bagi yang belum tahu, eKasih adalah Bank Data Kemiskinan Nasional​​ yang mengandungi maklumat mengenai kemiskinan bermula dari profail individu, program/bantuan yang diterima oleh Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) daripada agensi pemberi bantuan sehinggalah kepada permohonan bantuan dan pemantauan keberkesanan program/bantuan yang diterima.

Cara Mendaftar

Bagi yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan, pendaftaran program ini boleh dibuat melalui pelbagai kaedah iaitu secara atas talian (online) di Portal i-Akaun, Laman Web Rasmi KWSP (Pendaftaran i-Suri melalui portal Pendaftaran i-Saraan secara dalam talian di bawah menu Pendaftaran i-Saraan), Self Service Terminal (SST) atau Pejabat KWSP terdekat.

Pembayaran caruman pula boleh dibuat melalui pelbagai saluran iaitu:

  • Aplikasi mudah alih KWSP i-Akaun;
  • Perbankan internet;
  • Ejen Bank Berdaftar;
  • Kaunter Ejen Bank;
  • Pejabat KWS;
  • Caruman secara kad debit melalui perkhidmatan Pasukan Mobile KWSP/ Relationship & Advisory (RA).

 

Untuk makluman, tiada caruman minimum bagi caruman sukarela i-Suri. Akan tetapi, ahli digalakkan untuk mencarum sekurang-kurangnya RM600 di bawah i-Suri bagi tahun berkenaan untuk melayakkan ahli menerima insentif khas maksimum tahunan sebanyak RM300.

Bayaran insentif khas i-Suri ini akan dikreditkan ke dalam akaun KWSP ahli sebanyak dua kali setahun (tertakluk kepada penerimaan bayaran insentif khas daripada kerajaan).

Untuk makklumat lebih lengkap berkenaan i-Suri ini boleh dilihat di Portal Rasmi KWSP – DI SINI.

Selain itu, KWSP juga telah memperkenalkan Program i-Lindung iaitu sebuah platform layan diri dalam i-Akaun (Ahli) yang memudahkan proses pembelian produk perlindungan di bawah Pelan Perlindungan Ahli (PPA). Dengannya, hli boleh membeli produk insurans/ takaful daripada Syarikat Insurans & Pengendali Takaful (SIT) yang diluluskan oleh KWSP untuk diri sendiri dan ahli keluarga.

Ciri-ciri utama i-Lindung adalah proses yang lancar; sebut harga bila-bila masa; pusat maklumat; paparan keseluruhan dan bila-bila masa serta di mana saja. Mereka yang layak memohonnya pula adalah warganegara Malaysia (ahli dan tanggungan); mempunyai baki simpanan dalam akaun KWSP dan pengguna i-Akaun (Ahli).

 

 

 

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan kosong besar-besaran LUAS dengan gaji sehingga RM9,643: Syarat kelayakan PT3 - Ijazah

Jawatan kosong besar-besaran LUAS dengan gaji sehingga RM9,643: Syarat kelayakan PT3 - Ijazah

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) kini sedang membuka pengambilan banyak jawatan kosong bagi…
Bantuan Kanak-Kanak RM1,000 sebulan: Cara memohon dan syarat-syarat kelayakan

Bantuan Kanak-Kanak RM1,000 sebulan: Cara memohon dan syarat-syarat kelayakan

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan…
Senarai kekosongan jawatan SPA Jun 2024: Kelayakan PMR - Ijazah dan gaji sehingga RM9,544

Senarai kekosongan jawatan SPA Jun 2024: Kelayakan PMR - Ijazah dan gaji sehingga RM9,544

Khabar baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) kini sedang membuka pengambilan banyak jawatan kosong sebagai…