Bantuan khas RM480 untuk suri rumah: Syarat-syarat & cara mendaftar insentif i-Suri

Bagi menjaga kesejahteraan setiap golongan di negara ini, pihak kerajaan melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah memperkenalkan sebuah insentif khas yang dikenali sebagai i-Suri.

Melalui insentif ini, golongan suri rumah juga kini boleh memilih untuk mencarum di KWSP dan menerima manfaat darinya.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan i-Suri:

Faedah-faedah i-Suri

Melalui i-Suri, pelbagai faedah akan diterima oleh pencarum, antaranya:

  • Menerima sumbangan kerajaan sebanyak RM480 / setahun.
  • Caruman dalam apa-apa amaun dan pada bila-bila masa mengikut kemampuan mereka dan masih boleh membuat pengeluaran mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan.
  • Menerima dividen tahunan KWSP.
  • Bantuan Kematian sebanyak RM2,500.

 

Syarat-syarat penyertaan i-Suri

  • Warganegara Malaysia.
  • Belum mencapai umur 60 tahun.
  • Isteri kepada Ketua Isi Rumah (KIR)/Wanita (KIR).
  • Golongan suri rumah yang berdaftar dalam Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (eKasih) setakat 30 November 2020.
  • Mencarum sekurang-kurangnya RM5 sebulan atau RM60 setahun ke dalam akaun KWSP.

 

Cara menyertai i-Suri

Kepada suri rumah yang berminat menyertai i-Suri, pendaftaran boleh dikemukakan di mana-mana kaunter atau kios KWSP berhampiran dengan tempat tinggal pemohon.

Caruman i-Suri selepas itu boleh dibuat dengan beberapa kaedah seperti:

  • Perbankan internet
  • Kaunter ejen bank
  • Ejen bank berdaftar
  • Kaunter KWSP

 

Maklumat terperinci dan lengkap berkenaan inisiatif ini boleh dirujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

STR Fasa 3 dibayar bulan depan: Maklumat senarai penuh penerima dan jumlah bayaran

STR Fasa 3 dibayar bulan depan: Maklumat senarai penuh penerima dan jumlah bayaran

Untuk membantu rakyat Malaysia yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau…
Bantuan e-Dompet RM200 dibayar bulan ini: Senarai penuh penerima yang akan dikreditkan

Bantuan e-Dompet RM200 dibayar bulan ini: Senarai penuh penerima yang akan dikreditkan

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan…
Tiga tahun tak dibayar OT: Ini kisah Pekerja Keselamatan yang menang tuntutan RM58,000

Tiga tahun tak dibayar OT: Ini kisah Pekerja Keselamatan yang menang tuntutan RM58,000

Penantian seorang Pekerja Keselamatan sebuah bengkel dan pusat tuntutan insurans akhirnya membuahkan hasil apabila menang kes tuntutan kerja lebih masanya…