Belanjawan Persekutuan merupakan dokumen penting yang merangka perancangan kewangan negara bagi tempoh setahun. Setiap tahun, kerajaan akan membentangkan belanjawan ini bagi memastikan pengurusan ekonomi berjalan dengan lancar, sambil memenuhi keperluan rakyat dalam pelbagai aspek seperti pendidikan, kesihatan, infrastruktur, kebajikan sosial, dan pembangunan ekonomi.
Dalam penyediaan belanjawan, kerajaan mengambil kira pelbagai faktor termasuk pertumbuhan ekonomi semasa, hasil pendapatan negara, serta cabaran global dan domestik yang boleh memberi kesan kepada kestabilan ekonomi. Peruntukan yang diberikan dalam belanjawan mencerminkan keutamaan kerajaan dalam menangani isu-isu utama seperti kos sara hidup, pekerjaan, dan kesejahteraan sosial.
Selain itu, belanjawan juga sering memperkenalkan pelbagai insentif, bantuan kewangan, dan program sokongan bagi meringankan beban rakyat, terutama golongan berpendapatan rendah dan sederhana. Pada masa yang sama, sektor perniagaan turut diberikan perhatian melalui insentif cukai dan sokongan bagi menggalakkan pelaburan serta meningkatkan daya saing negara.
Setiap kali belanjawan dibentangkan, ia menjadi tumpuan utama rakyat dan penganalisis ekonomi kerana dasar yang diumumkan akan memberi kesan langsung kepada kehidupan seharian serta pertumbuhan ekonomi negara. Oleh itu, memahami inti pati Belanjawan Persekutuan amat penting bagi setiap rakyat agar mereka dapat merancang kewangan dengan lebih baik dan memanfaatkan inisiatif yang disediakan oleh kerajaan.
Dalam masa sama, di bawah Belanjawan 2025 – pihak Kerajaan telah mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK). Ini adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan khas berkenaan: –
Bantuan Khas Kewangan (BKK)
Bantuan Khas Kewangan atau BKK merupakan bantuan kewangan yang diperkenalkan oleh pihak Kerajaan Persekutuan dengan kadar RM500 dan RM250.
Bagi RM500, ia akan diberikan kepada pegawai Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Pelaksana, Gred 15 dan ke bawah (setara Gred 56 ke bawah) termasuk pegawai lantikan kontrak Contract for Service (CFS), Contract of Service (COS), pegawai sambilan harian dan lantikan MySTEP.
Manakala, RM250 pula diberikan kepada pesara Kerajaan, merangkumi pesara berpencen, penerima pencen terbitan, pesara KWSP, veteran berpencen dan veteran tidak berpencen.
Tarikh Pembayaran BKK
Untuk makluman, berdasarkan pengumuman Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), pembayaran bantuan khas ini akan dibuat pada 25 Februari 2025. Kaedah pembayaran bantuan ini adalah secara kredit terus ke akaun penerima, bersama dengan pembayaran gaji bagi Februari 2025.
Oleh itu, bantuan khas ini tidak melibatkan sebarang permohonan dan ia diberikan secara automatik kepada setiap penerima yang layak.
Akan tetapi, tidak semua penjawat awam atau pesara layak menerima bantuan ini. Berikut adalah senarai mereka yang tidak layak menerima BKK:
- Pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi termasuk pegawai yang memangku, dipinjam/ tukar sementara dan secara penempatan khas ke Gred Utama/ Gred Khas;
- Pegawai yang dikenakan hukuman tatatertib buang kerja atau turun pangkat dalam tempoh 1 Januari 2025 hingga 25 Februari 2025;
- Pegawai yang tidak hadir bertugas secara berterusan tanpa cuti, atau tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran Ketua Jabatan, atau tanpa sebab yang munasabah sepanjang tempoh 1 Januari 2025 hingga 25 Februari 2025;
- Pegawai yang ditamatkan perkhidmatan demi kepentingan awam dalam tempoh 1 Januari 2025 hingga 25 Februari 2025;
- Pegawai yang meletak jawatan dalam tempoh 1 Januari 2025 hingga 25 Februari 2025; dan
- Pegawai berpencen yang melepaskan hak pencen kerana menyertai Badan Berkanun Yang Diasingkan Saraan (BBDS).
SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021
Selain itu, pihak Kerajaan turut menambahbaik usaha bagi kesejahteraan penjawat awam. Antaranya adalah lebih RM1.8 bilion disediakan bagi membina, menyelenggara dan membaik pulih semua kuarters penjawat awam termasuk guru, doktor, anggota polis, bomba, penjara dan Rumah Keluarga Angkatan Tentera.
Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) pula akan memperkenalkan Skim Pembiayaan Perumahan Muda untuk penjawat awam muda memohon pembiayaan perumahan sehingga 40 tahun.