bantuan khas

Bantuan Khas RM700 untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri 2023: Tarikh pembayaran & senarai penerima

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah bantuan-bantuan yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2023 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 24 Februari lalu.

Bantuan yang diperkenalkan itu termasuklah Bantuan Khas Kewangan dan ini adalah penerangan lanjut mengenainya:-

Bantuan Khas RM700

Dalam usaha meringankan beban rakyat di musim perayaan, pihak Kerajaan melalui Belanjawan 2023 bersetuju untuk memperkenalkan Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM700.

Bantuan kewangan ini diberikan bersempena dengan kedatangan Hari Raya Aidilfitri bagi tahun 2023.

Bantuan RM700 itu akan disalurkan kepada semua penjawat awam Gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak. Dalam masa sama, para pesara Kerajaan juga mendapat bantuan sama tapi dengan kadar sebanyak RM350 setiap yang layak.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Tarikh Pembayaran

Berdasarkan ucapan Perdana Menteri di Dewan Rakyat ketika membentangkan Belanjawan 2023, pembayaran Bantuan Khas Kewangan RM700 dan RM350 akan dilaksanakan pada bulan April nanti.

“Kerajaan silih berganti, pemimpin negara kerap bertukar, tetapi penjawat awam sebagai tulang belakang Kerajaan setia menggalas amanah negara,” kata Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2023.

Diharapkan pemberian bantuan khas itu nanti dapat meringankan beban kos sara hidup yang terus meningkat dan dimanfaatkan sebaik mungkin untuk menyambut hari mulia Hari Raya Aidilfitri.

Maklumat lengkap berkenaan Belanjawan 2023, ia boleh dirujuk secara teliti di Portal Rasmi Kementerian Kewangan – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) 2025: Gaji RM2,250.00 - RM11,110

Jawatan Kosong Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) 2025: Gaji RM2,250.00 - RM11,110

Pada ketika ini, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…
Jawatan Kosong MRSM, Pengambilan Jun - Julai 2025: Tawaran Gaji RM100/Sehari

Jawatan Kosong MRSM, Pengambilan Jun - Julai 2025: Tawaran Gaji RM100/Sehari

Pada ketika ini, Maktab Rendah Sains Mara Betong, Sarawak (MRSM Betong) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan…
Bantuan Musim Tengkujuh RM800: Senarai Penuh Mereka Yang Layak & Cara Memohonnya

Bantuan Musim Tengkujuh RM800: Senarai Penuh Mereka Yang Layak & Cara Memohonnya

Musim tengkujuh merupakan fenomena cuaca yang berlaku secara tahunan di Malaysia, terutamanya antara bulan November hingga Mac. Ia biasanya dikaitkan…