Bantuan Khas sebanyak RM480 untuk suri rumah B40: Syarat-syarat & cara memohon

Pelbagai jenis inisiatif telah diperkenalkan bagi membantu segenap rakyat Malaysia, khususnya dalam perkara berkaitan urusan kewangan.

Salah satunya, termasuklah melalui Program i-Suri oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang bertujuan bagi memastikan kesejahteraan golongan suri rumah serta mengiktiraf sumbangan mereka kepada ahli keluarga dan pembangunan negara.

Walaupun telah diperkenalkan sejak beberapa tahun lalu, nampaknya masih ramai di kalangan rakyat Malaysia yang tidak mengetahui manfaat yang ditawarkan program ini. Berikut adalah penerangannya:

Faedah-faedah i-Suri

  • Menerima sumbangan kerajaan sebanyak RM480 /setahun;
  • Caruman dalam apa-apa amaun dan pada bila-bila masa mengikut kemampuan mereka dan masih boleh membuat pengeluaran mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan;
  • Menerima dividen tahunan KWSP;
  • Bantuan Kematian: RM2,500.

*Tertakluk kepada terma dan syarat KWSP  

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Belum mencapai usia 60 tahun;
  • Isteri kepada Ketua Isi Rumah (KIR) / Wanita (KIR);
  • Golongan suri rumah yang berdaftar dalam Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (eKasih) setakat 30 November 2020;
  • Mencarum sekurang-kurangnya RM5 sebulan atau RM60 setahun ke dalam akaun KWSP.

 

Cara Menyertai

Jika anda berkelayakan dan berminat untuk menyertai i-Suri, penyertaan boleh dibuat di mana-mana kaunter cawangan atau kios KWSP berhampiran dengan membawa MyKad.

Caruman pula boleh dibuat dengan beberapa kaedah, seperti yang ditetapkan oleh pihak KWSP, seperti:

  • Kaunter ejen bank
  • Ejen bank berdaftar
  • Kaunter KWSP
  • Perbankan internet (atas talian)

 

Maklumat lanjut dan terperinci berkenaan i-Suri turut boleh dirujuk di – LAMPIRAN INI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Senarai Penuh Penerima RM100 Dalam MyKad Setiap Bulan Tahun Ini (2025): Cara Semak Bantuan SARA

Senarai Penuh Penerima RM100 Dalam MyKad Setiap Bulan Tahun Ini (2025): Cara Semak Bantuan SARA

Golongan B40 atau 40% isi rumah berpendapatan terendah di Malaysia. Dalam konteks ekonomi negara, mereka adalah kumpulan yang paling terkesan…
Pelbagai Jawatan Kosong Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK): Gaji RM2,265 - RM6,680

Pelbagai Jawatan Kosong Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK): Gaji RM2,265 - RM6,680

Pada ketika ini, Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang…
STR Fasa 1 Mula Dikreditkan Ke Akaun Hari Ini (22 Januari 2025): Jumlah Bayaran Isi Rumah, Bujang & Warga Emas

STR Fasa 1 Mula Dikreditkan Ke Akaun Hari Ini (22 Januari 2025): Jumlah Bayaran Isi Rumah, Bujang & Warga Emas

Golongan B40 dan M40 merupakan dua kumpulan utama dalam kategori pendapatan di Malaysia yang sering menjadi tumpuan dalam pelbagai dasar…