Bantuan khas sehingga RM5,000 setahun untuk tanggungan anak OKU. Ini cara memohon

Kerajaan Negeri Selangor melalui Yayasan Warisan Anak Selangor telah memperkenalkan sebuah inisiatif yang dikenali sebagai Bantuan Khas Anak Istimewa Selangor (ANIS). Bantuan khas ini dibuka secara khusus kepada mereka yang mempunyai tanggungan anak OKU bagi digunakan pada waktu kecemasan dan mengurangkan kos sara hidup.

Kepada pemohon yang berkelayakan, mereka boleh mendapat bantuan ANIS secara one-off dengan jumlah maksima sehingga RM5,000 setahun (untuk satu isi keluarga).

Berikut adalah syarat-syarat kelayakan memohon:

  • Ibu/bapa/penjaga lahir di Negeri Selangor atau bukan kelahiran Selangor dan sedang menetap di Selangor minimum 10 tahun (perlu mendapatkan cop pengesahan mastautin daripada pengesah yang dibenarkan).
  • Ibu/bapa/penjaga salah seorang Pengundi Selangor.
  • Dihadkan kepada anak OKU berumur 18 tahun ke bawah.
  • Mempunyai Kad OKU atau Surat Pengesahan Doktor (jika tiada Kad OKU).
  • Sekiranya penjaga merupakan ibu bapa angkat maka pengangkatan hendaklah sah dan berdaftarkan di bawah Akta Pendaftaran Pengangkatan (JPN) dan Akta Pengangkatan 1973.

 

Cara memohon:

Bagi yang mahu memohon, permohonan boleh dibuat secara atas talian di PAUTAN INI, dan borang permohonan kemudiannya hendaklah dicetak dan dihantar bersama dengan dokumen lengkap dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh permohonan dibuat.

Borang dan dokumen berkenaan boleh dihantar melalui beberapa saluran seperti:

  • E-mel: [email protected]
  • Pusat Khidmat Masyarakat DUN berhampiran
  • Pejabat Yayasan Warisan Anak Selangor

 

Antara salinan dokumen yang perlu dikemukakan adalah:

  • Salinan kad pengenalan pemohon.
  • Salinan kad pengenalan pasangan.
  • Salinan Sijil Daftar/Kad Nikah Ibu Bapa Anak OKU.
  • Salinan Surat Perakuan Anak Angkat (jika berkenaan).
  • Salinan kad pengenalan anak istimewa
  • Salinan Kad OKU dari JKM atau surat pengesahan doktor berkaitan dengan masalah anak. (jika tiada kad OKU)
  • Cop pengesahan mastautin yang disahkan bagi ibu/bapa/penjaga yang bukan kelahiran Selangor (rujuk pada Senarai Jawatan Pegawai Pengesah yang dibenarkan sahaja).
  • Salinan preskripsi doktor dengan spesifikasi khusus (tertakluk bagi makanan, keperluan khusus, pembelian peralatan/mesin dan ubat-ubatan yang disarankan oleh doktor).
  • Salinan surat tawaran pusat pembelajaran, sebutharga yuran pembelajaran dan penyata bank pusat pembelajaran (tertakluk bagi kategori pendidikan khas/sesi terapi untuk anak OKU).
  • Salinan Semakan daftar pemilih SPR di: https://pengundi.spr.gov.my

 

Senarai pegawai pengesahan pula adalah seperti berikut:

  • Ahli Parlimen/Senator.
  • ADUN / Pengerusi JK Penyelaras DUN.
  • Penghulu/Ketua Kampung
  • Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan.
  • Pengerusi Taman Perumahan/Ketua Blok
  • Pengerusi Masjid/Surau/Ketua Tokong/Ketua Kuil/Ketua Gereja/Ketua Komuniti

 

Permohonan Bantuan Khas ANIS ini dibuka sehingga 15 APRIL 2021 dan tarikh akhir penghantaran dokumen adalah pada 20 APRIL 2021.

_____

Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong Terkini PUSPAKOM: Permohonan Ambilan Julai 2025 Masih Dibuka

Jawatan Kosong Terkini PUSPAKOM: Permohonan Ambilan Julai 2025 Masih Dibuka

Pada ketika ini, Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…
E-Tunai/E-Wallet RM300 Setiap Bulan: Senarai Mereka Yang Layak Memohon Bantuan BINGKAS

E-Tunai/E-Wallet RM300 Setiap Bulan: Senarai Mereka Yang Layak Memohon Bantuan BINGKAS

Golongan B40 dan M40 merujuk kepada kategori isi rumah berdasarkan pendapatan bulanan di Malaysia. B40 adalah singkatan bagi “Bottom 40%”…
Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Pada ketika ini, Angkatan Pertahanan Awam kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…