aidilfitri

Bantuan Khas sempena Aidilfitri sebanyak minima RM1,000: Senarai penerima & tarikh pembayaran

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Bantuan-bantuan ini adalah merupakan usaha Kerajaan bagi meringankan beban mereka yang memerlukan. Hal itu, termasuklah bantuan kewangan yang diperkenalkan apabila semakin dekatnya musim perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan yang telah diperkenalkan: –

Bantuan Khas Sempena Aidilfitri

Ketika berucap di Majlis Mahabbah Ramadan MADANI, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari telah mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Kadar yang ditetapkan adalah sebanyak sebulan gaji atau minimum RM1,000 kepada semua anggota perkhidmatan Kerajaan Negeri.

Pemberian itu merangkumi penjawat awam di bawah pentadbiran Setiausaha Kerajaan (SUK) Selangor dan penjawat awam Persekutuan lantikan tetap yang berkhidmat dalam jabatan di bawah pentadbiran SUK Selangor.

Dalam masa sama, pemimpin masyarakat seperti Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), pegawai perhubungan kampung, kampung baru dan ketua komuniti India, Setiausaha MPKK, Penyelia Pusat Wanita Berdaya Selangor (WBS) dan Penggerak Belia Selangor (PeBS) pula akan menerima sebulan elaun.

Manakala, bantuan khas sebanyak RM500 pula disalurkan kepada para penggerak masjid seperti nazir, imam rawatib, siak dan bilal bagi semua masjid serta guru rakyat yang berkerja di bawah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Pemberian bantuan khas itu akan melibatkan peruntukan kewangan sekitar RM45 juta.

Pembayaran Bantuan Khas Kewangan

Berkenaan dengan tarikh pembayaran, ia akan dibuat pada 8 April 2024 kepada semua mereka yang layak. Kaedah pembayaran pula adalah secara kredit terus ke akaun penerima dan tidak melibatkan sebarang permohonan.

Dalam perkembangan lain, Kerajaan Negeri Johor pula telah bersetuju untuk memberikan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri pada kadar setengah bulan gaji atau minimum RM1,500 kepada seluruh penjawat awam di negeri berkenaan.

Ia sekaligus akan memanfaatkan seramai 17,704 penjawat awam negeri, termasuk yang berkhidmat di pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Badan-badan Berkanun Negeri.

JOM MASUK TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Kerajaan Negeri Johor turut bersetuju untuk Menimbal Guna Bayaran Insentif Awal (BIA) Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) Tahun 2024 yang diumumkan oleh Kerajaan Persekutuan bagi diguna pakai di semua jabatan negeri, PBT dan badan berkanun negeri.

“BIA Kajian SSPA Tahun 2024 sebanyak RM2,000 akan dibayar kepada pegawai Perkhidmatan Awam Negeri, Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana, Gred 56 dan ke bawah, manakala RM1,000 akan dibayar kepada pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Gred Jawatan Utama/Khas.

“Timbal guna BIA Kajian SSPA Tahun 2024 ini juga akan memanfaatkan seramai 17,704 penjawat awam,” kata Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Sebelum ini, antara Kerajaan Negeri yang telah mengumumkan Bantuan Khas Kewangan bersempena Aidilfitri adalah Pulau Pinang dengan kadar minima RM1,200 dan Kerajaan Negeri Perak sebanyak RM1,000.

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan RM1,000 Dibayar 'One-Off' Kepada Penerima: Diberikan Automatik, Tanpa Perlu Memohon

Bantuan RM1,000 Dibayar 'One-Off' Kepada Penerima: Diberikan Automatik, Tanpa Perlu Memohon

Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan yang dinanti-nantikan, termasuk di Malaysia. Ia bukan sahaja menandakan berakhirnya bulan Ramadan, tetapi juga menjadi…
Bantuan Tunai RM1,000 Dikreditkan Hari Ini (19 Mac 2025): Dibayar Secara Automatik Kepada Penerima

Bantuan Tunai RM1,000 Dikreditkan Hari Ini (19 Mac 2025): Dibayar Secara Automatik Kepada Penerima

Hari Raya Aidilfitri adalah saat yang dinanti-nantikan di seluruh dunia. Ia bukan sekadar perayaan selepas sebulan berpuasa, tetapi juga simbol…
Bantuan RM100 Dikreditkan Automatik Ke MyKad/Kad Pengenalan: Ini Cara Menggunakannya

Bantuan RM100 Dikreditkan Automatik Ke MyKad/Kad Pengenalan: Ini Cara Menggunakannya

Golongan B40 merujuk kepada 40% penduduk Malaysia yang mempunyai pendapatan isi rumah terendah. Kategori ini ditentukan berdasarkan Pendapatan Garis Median…