Bantuan Khas Tunai

Bantuan Khas Tunai RM1,000 kepada Ketua Isi Rumah yang layak akan mula dibayar bulan depan

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah Bantuan Khas Tunai sebanyak RM1,000 dari Kerajaan Negeri Terengganu yang akan disalurkan kepada yang layak bermula pada bulan Januari dan Februari depan.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan kewangan ini: –

Penerima Bantuan Khas Tunai

Seperti mana yang dimaklumkan oleh Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar – bantuan ini akan diberikan kepada Ketua Isi Rumah (KIR) yang terjejas akibat banjir di negeri berkenaan.

Bantuan khas itu dijangka akan dimanfaatkan sekitar 10,000 KIR bagi membantu meringankan beban mereka selepas mengalami kerugian harta benda akibat banjir teruk bermula 18 Disember lalu.

Dalam masa sama, pihak Kerajaan Negeri juga bersetuju untuk memberikan bantuan kewangan sebanyak RM10,000 kepada keluarga yang kematian ahli keluarga akibat banjir.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Baca juga:

Tarikh Pembayaran

Seperti mana yang dinyatakan di awal tadi, pembayaran bantuan ini akan mula disalurkan pada bulan Januari dan Februari 2023.

Ahmad Samsuri berkata, proses itu akan mengambil sedikit masa kerana pihaknya perlu meneliti serta mendapatkan senarai mangsa daripada jabatan serta agensi yang bertanggungjawab menyelaraskan urusan berkenaan.

“Mekanisme bantuan akan diberikan secara tunai seperti amalan kebiasaan sebelum ini dan kita jangka akan agihkan pada Januari atau Februari nanti,” katanya.

Selain itu, Kerajaan Negeri Terengganu turut akan menyalurkan sumbangan bantuan berbentuk pembaikian atau pembinaan semula kediaman mereka yang terkesan akibat banjir.

“Paling penting sekarang adalah mangsa dapat balik ke rumah dahulu. Masalah dihadapi juga tidak sama, ada yang perlu bantuan dari segi infrastruktur atau pembaikian rumah dan suntikan tunai.

“Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) kawasan masing-masing akan meneliti perkara ini untuk dibawa ke perhatian kerajaan negeri.

“Bagi kehilangan, kerosakan dokumen penting seperti kad pengenalan dan geran tanah, saya percaya jabatan berkaitan akan berusaha memudahkan rakyat atau mangsa banjir,” kata Ahmad Samsuri.

Sumber: Utusan Malaysia & Astro Awani.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Pada ketika ini, Angkatan Pertahanan Awam kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Jawatan Kosong KTMB Pengambilan Julai 2025: Syarat Kelayakan SPM - Ijazah

Jawatan Kosong KTMB Pengambilan Julai 2025: Syarat Kelayakan SPM - Ijazah

Pada ketika ini, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Permohonan Bantuan Sara Hidup (BSH) 2025 Masih Dibuka: RM500 Setiap Bulan

Permohonan Bantuan Sara Hidup (BSH) 2025 Masih Dibuka: RM500 Setiap Bulan

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, isu sara hidup semakin mendapat perhatian dalam kalangan rakyat Malaysia. Kenaikan harga barangan asas, perumahan,…