kredit e-tunai

Bantuan Kredit e-Tunai RM100 dibayar kepada semua rakyat Malaysia: Ini tarikh pembayarannya

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah Bantuan  Kredit e-Tunai yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan berkenaan: –

Bantuan Kredit e-Tunai

Semasa berucap di Majlis Peluncuran Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan Bantuan Kredit e-Tunai sebanyak RM100.

Bantuan e-Tunai ini akan diberikan kepada seluruh rakyat dewasa di negara ini yang berpendapatan tahunan sebanyak RM100,000 ke bawah.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

“Melihat akan kejayaan dan impak besar program e-tunai kepada masyarakat, Kerajaan bersetuju untuk menawarkan kredit e-tunai sebanyak RM100 kepada semua rakyat dewasa Malaysia yang berpendapatan RM100,000 setahun dan ke bawah,” katanya.

Tarikh Pembayaran

Berdasarkan kenyataan Kementerian Kewangan, Bantuan Kredit e-Tunai RM100 ini akan dilaksanakan pada suku ke empat tahun 2023 atau sekitar bulan Oktober 2023.

Berkenaan dengan kaedah menebusnya, ia berkemungkinan boleh ditebus melalui platform-platform e-Tunai seperti Boost; Setel dan Touch ‘n Go eWallet.

Namun, kaedah tepat penebusan hanya akan dapat diketahui melalui makluman rasmi daripada oleh pihak Kerajaan dari semasa ke semasa.

Dalam perkembangan lain, pihak Kerajaan telah pun menyalurkan pembayaran Bantuan Khas Penghargaan sebanyak RM300 kepada para penjawat awam dan RM200 kepada pesara kerajaan pada 10 Ogos lalu.

ARTIKEL BERKAITAN

Pelbagai Jawatan Kosong KTMB Sesi Mei 2025: Kelayakan SPM hingga Ijazah

Pelbagai Jawatan Kosong KTMB Sesi Mei 2025: Kelayakan SPM hingga Ijazah

Pada ketika ini, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Senarai Terkini Barangan Yang Boleh Dibeli Dengan SARA/MyKasih

Senarai Terkini Barangan Yang Boleh Dibeli Dengan SARA/MyKasih

Golongan B40 merujuk kepada 40 peratus isi rumah berpendapatan terendah di Malaysia, iaitu mereka yang mempunyai pendapatan isi rumah bulanan…
Jawatan Kosong Jabatan Imigresen Malaysia Mei 2025: Kelayakan Minima SPM

Jawatan Kosong Jabatan Imigresen Malaysia Mei 2025: Kelayakan Minima SPM

Pada ketika ini, Jabatan Imigresen Malaysia Sarawak kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka.…