bantuan kwsp

Bantuan KWSP RM500 dikreditkan kepada pencarum yang layak: Tak perlu memohon & senarai penerima

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah melalui bantuan-bantuan yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2023 seperti mana dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 24 Februari lalu.

Ia termasuklah bantuan berbentuk kewangan kepada para ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Bantuan KWSP RM500

Ketika pembentangan Belanjawan 2023, pihak Kerajaan telah mengumumkan bantuan RM500 kepada para pencarum KWSP yang layak.

Bantuan itu akan dikreditkan kepada simpanan KWSP pencarum yang layak iaitu mereka berumur antara 40 hingga 54 tahun yang mempunyai simpanan kurang RM10,000 dalam akaun 1.

Program ini akan memberi manfaat kepada hampir dua juta ahli KWSP dengan melibatkan peruntukan hampir RM1 bilion.

“Kerajaan beriltizam untuk membantu rakyat membina semula simpanan persaraan mereka bagi memastikan simpanan yang ada kelak mencukupi untuk membiayai hari persaraan.

“Bantuan ini diberikan kepada ahli yang berumur antara 40 hingga 54 tahun dengan simpanan KWSP kurang RM10,000 dalam Akaun 1 mereka,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

I-Saraan KWSP

Dalam masa sama, pihak Kerajaan turut memperkenalan Insentif Persaraan (i-Saraan) yang membolehkan ahli yang bekerja sendiri dan golongan yang tiada pendapatan tetap untuk membuat caruman secara sukarela untuk tujuan persaraan dan pada masa yang sama menerima caruman tambahan sebagai insentif daripada pihak kerajaan.

Ahli yang berumur di bawah 60 tahun akan menerima sumbangan Kerajaan sebanyak 15 peratus daripada jumlah caruman, tertakluk kepada:

  • Lanjutan program i-Saraan bagi tahun 2023
  • Caruman sukarela
  • Had maksimum insentif caruman padanan sebanyak RM300 setahun

Untuk meneliti dengan lebih lengkap berkenaan Belanjawan 2023, ia boleh dirujuk di Portal Rasmi Kementerian Kewangan – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan RM100 dikreditkan setiap bulan ke MyKad: Senarai penuh penerima & cara menggunakannya

Bantuan RM100 dikreditkan setiap bulan ke MyKad: Senarai penuh penerima & cara menggunakannya

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan…
Jawatan kosong dibuka Jabatan Biokeselamatan dengan gaji RM2,100: Mohon sekarang

Jawatan kosong dibuka Jabatan Biokeselamatan dengan gaji RM2,100: Mohon sekarang

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Jabatan Biokeselamatan, Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim kini sedang membuka…
Bayaran khas RM2,000 mula dikreditkan bulan depan: Semak sama ada layak atau tidak

Bayaran khas RM2,000 mula dikreditkan bulan depan: Semak sama ada layak atau tidak

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan…