RM500

Bantuan KWSP RM500 dikreditkan tahun ini: Tak perlu memohon & senarai penerimanya

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah bantuan-bantuan yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2023 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 24 Februari lalu.

Bantuan yang diperkenalkan itu termasuklah berbentuk kewangan kepada para ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Bantuan KWSP RM500

Semasa membentangkan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan telah mengumumkan Bantuan RM500 kepada para pencarum KWSP yang layak.

Bantuan kewangan itu akan diberikan kepada para ahli KWSP berumur antara 40 hingga 54 tahun yang mempunyai simpanan kurang daripada RM10,000.

“Kepada ahli yang berumur antara 40 hingga 54 tahun dengan simpanan KWSP kurang 10 ribu ringgit, Kerajaan bersetuju untuk menambah caruman simpanan KWSP Akaun 1 mereka sebanyak RM500,” kata Perdana Menteri.

Program ini nanti akan memberikan manfaat kepada hampir 2 juta ahli KWSP dan melibatkan peruntukan hampir RM1 billion.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Kaedah Pelaksanaan

Program ini bagaimanapun tidak melibatkan sebarang permohonan dan ia akan dikreditkan secara automatik ke dalam Akaun 1 KWSP ahli yang menepati syarat-syarat kelayakan.

Maklumat lanjut berkenaannya akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Untuk meneliti dengan lengkap berkenaan Belanjawan 2023, ia boleh dirujuk secara teliti di Portal Rasmi Kementerian Kewangan – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong Terkini PUSPAKOM: Permohonan Ambilan Julai 2025 Masih Dibuka

Jawatan Kosong Terkini PUSPAKOM: Permohonan Ambilan Julai 2025 Masih Dibuka

Pada ketika ini, Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…
E-Tunai/E-Wallet RM300 Setiap Bulan: Senarai Mereka Yang Layak Memohon Bantuan BINGKAS

E-Tunai/E-Wallet RM300 Setiap Bulan: Senarai Mereka Yang Layak Memohon Bantuan BINGKAS

Golongan B40 dan M40 merujuk kepada kategori isi rumah berdasarkan pendapatan bulanan di Malaysia. B40 adalah singkatan bagi “Bottom 40%”…
Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Pada ketika ini, Angkatan Pertahanan Awam kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…