bantuan kwsp

Bantuan KWSP RM500 kepada rakyat Malaysia telah dikreditkan: Senarai penuh yang layak

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah melalui bantuan-bantuan yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2023.  Ia termasuklah bantuan berbentuk kewangan kepada para ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Ini adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan itu: –

Bantuan KWSP RM500

Di Bawah Belanjawan 2023, pihak Kerajaan telah memperkenalkan bantuan tunai sebanyak RM500 kepada ahli KWSP yang layak.

Pada asasnya, bantuan ini diberikan kepada mereka yang berumur antara 40 hingga 54 tahun yang mempunyai simpanan kurang RM10,000.

“Kerajaan beriltizam untuk membantu rakyat membina semula simpanan persaraan mereka bagi memastikan simpanan yang ada kelak mencukupi untuk membiayai hari persaraan.

“Bantuan ini diberikan kepada ahli yang berumur antara 40 hingga 54 tahun dengan simpanan KWSP kurang RM10,000 dalam Akaun 1 mereka,” kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat.

Pengkreditan bantuan KWSP

Berdasarkan kenyataan rasmi KWSP, bantuan ini telah pun dikreditkan ke akaun ahli yang layak. Pembayaran itu melibatkan peruntukan sebanyak RM708 juta kepada 1.4 juta ahli KWSP berumur antara 40 dan bawah 55.

“Insentif caruman RM500 one-off ini, yang diumumkan semasa pembentangan Belanjawan 2023 pada 24 Februari 2023, bertujuan menggalakkan ahli KWSP yang mempunyai simpanan rendah dan menghampiri umur persaraan untuk terus menyimpan dan mempercepatkan pengumpulan simpanan persaraan mereka,” petikan dari kenyataan KWSP.

Dalam masa sama, ia sejajar dengan matlamat KWSP bagi meningkatkan kecukupan simpanan dan menyumbang secara signifikan kepada matlamat yang lebih luas untuk membina masa depan kewangan yang berdaya tahan.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Untuk maklumat lengkap berkenaannya, sila rujuk di Portal Rasmi KWSP – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan RM500 dikreditkan setiap bulan kepada warga emas (60 tahun dan ke atas): Cara memohon

Bantuan RM500 dikreditkan setiap bulan kepada warga emas (60 tahun dan ke atas): Cara memohon

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat…
Pendapatan bawah RM10,959 layak terima Bantuan RM500: Cara buat permohonan

Pendapatan bawah RM10,959 layak terima Bantuan RM500: Cara buat permohonan

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat  Persekutuan atau…
Pengambilan lebih 30 kekosongan di Kementerian Kerja Raya Malaysia: Gaji RM2,529 - RM9,643

Pengambilan lebih 30 kekosongan di Kementerian Kerja Raya Malaysia: Gaji RM2,529 - RM9,643

Khabar baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) kini sedang membuka pengambilan banyak jawatan kosong sebagai…