Bantuan miliki rumah sendiri tanpa deposit: Syarat-syarat & cara memohon Rumah PR1MA

Seperti mana yang kita sedia maklum, memiliki rumah di Malaysia pada hari ini bukanlah mudah disebabkan harganya yang tinggi dan ketidakmampuan sebahagian besar masyarakat negara ini. ‘

Akan tetapi, terdapat satu program yang dikenali sebagai Program Perumahan Rakyat 1Malaysia – PR1MA iaitu sebuah usaha merancang, membangun dan menyediakan kediaman mampu milik dan berkualiti tinggi kepada rakyat Malaysia berpendapatan pertengahan.

Melalui PR1MA, semua rumah yang dibina adalah berharga di antara RM100,000 hingga RM400,000 sahaja, iaitu lebih rendah berbanding harga pasaran luar.

Berikut adalah maklumat lanjut tentang PR1MA:-

Syarat-syarat kelayakan

Bagi yang ingin memohon, mereka mestilah:

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur sekurang-kurangnya 21 tahun semasa permohonan dibuat.
  • Individu atau keluarga (suami isteri) dengan pendapatan isi rumah purata bulanan antara RM2,500 – RM15,000.
  • Pemohon atau pasangannya tidak memiliki lebih daripada satu hartanah.

Pembiayaan

Dari segi pembiayaan, terdapat beberapa kaedah yang disediakan, antaranya:

  • Pembiayaan (End-Financing) – Pembiayaan hingga 110% dari harga Jual Beli (SPA).
  • Skim Rent-To-Own – Bagi pembeli yang tidak layak menerima pinjaman bank (permohonan akan disemak oleh jawatankuasa khas).
  • Skim Pembiayaan Fleksibel PR1MA (SPEF) – 
    • Ansuran bulanan pinjaman rumah pada kadar yang lebih rendah daripada pinjaman biasa
    • Hanya bayar kadar faedah tetap 5 tahun pertama

 

Oleh itu, bagi yang menerima pinjaman maksimum, tiada bayaran pendahuluan (deposit) diperlukan untuk membeli rumah.

Cara memohon

Kepada yang berminat, permohonan PR1MA boleh dibuat dengan mendaftar secara atas talian (online) DI SINI. Tiada sebarang bayaran dikenakan untuk pendaftaran.

Setelah berjaya mendaftar, permohonan rumah boleh dibuat di laman sama dengan memilih pembangunan hartanah di lokasi yang hendak diduduki.

Permohonan kemudiannya akan ditentukan oleh mengundian dan jika bernasib baik serta menepati syarat-syarat kelayakan – pemohon akan menerima rumah yang dimohon.

Untuk maklumat lanjut berkenaan PR1MA, boleh rujuk DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Pada ketika ini, Angkatan Pertahanan Awam kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Jawatan Kosong KTMB Pengambilan Julai 2025: Syarat Kelayakan SPM - Ijazah

Jawatan Kosong KTMB Pengambilan Julai 2025: Syarat Kelayakan SPM - Ijazah

Pada ketika ini, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Permohonan Bantuan Sara Hidup (BSH) 2025 Masih Dibuka: RM500 Setiap Bulan

Permohonan Bantuan Sara Hidup (BSH) 2025 Masih Dibuka: RM500 Setiap Bulan

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, isu sara hidup semakin mendapat perhatian dalam kalangan rakyat Malaysia. Kenaikan harga barangan asas, perumahan,…