Musim hujan sering kali membawa bersamanya suasana yang mendamaikan, bunyi titisan hujan yang menenangkan, serta udara yang segar. Namun, di sebalik keindahan ini, ia juga mendatangkan pelbagai cabaran kepada kehidupan harian kita. Banjir kilat, tanah runtuh, kerosakan infrastruktur, dan risiko penyakit seperti demam denggi adalah antara isu yang perlu dihadapi oleh masyarakat, terutamanya di kawasan berisiko tinggi.
Setiap tahun, musim hujan di Malaysia sering dikaitkan dengan kejadian yang tidak dijangka. Keadaan cuaca yang tidak menentu boleh mengakibatkan gangguan besar kepada kehidupan seharian, termasuk kesukaran untuk ke tempat kerja, gangguan bekalan elektrik, dan kerosakan harta benda. Selain itu, kesihatan juga boleh terjejas akibat air bertakung yang menjadi tempat pembiakan nyamuk atau banjir yang membawa penyakit bawaan air.
Oleh itu, persediaan rapi sangat penting untuk menghadapi musim hujan dengan lebih tenang. Antara langkah utama yang boleh diambil termasuklah memastikan saluran air tidak tersumbat, menyimpan bekalan makanan dan keperluan asas, serta mempunyai pelan kecemasan untuk melindungi keluarga dan harta benda.
Selain, fenomena hujan lebat juga akan berlaku bila tibanya Musim Tengkujuh. Oleh hal demikian, pihak Kerajaan telah memperkenalkan sebuah bantuan yang dikenali sebagai Bantuan Musim Tengkujuh (BMT): –
Bantuan Musim Tengkujuh (BMT)
Bantuan Musim Tengkujuh atau BMT adalah bantuan tahunan yang diberikan oleh Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) untuk membantu pekebun kecil dan penoreh getah yang pendapatannya terjejas akibat musim tengkujuh. Inisiatif ini juga merupakan salah satu cara pemerintah untuk membantu mereka yang terkena dampak buruk musim ini setiap tahun.
Kadar BMT ditetapkan sebanyak RM800 dan diberikan secara berperingkat. Berikut adalah jadual pembayaran BMT:
- November 2024: RM200
- Disember 2024: RM200
- Januari 2025: RM200
- Februari 2025: RM200
Cara pembayarannya pula adalah secara dikreditkan terus ke akaun penerima seperti mana maklumat yang dimaklumkan ketika permohonan dibuat.
Syarat-Syarat Kelayakan BMT
Pekebun Kecil – Pemilik tanah yang memiliki, menguruskan dan/atau mengusahakan lot bertanam getah
- Warganegara Malaysia;
- Pekebun kecil berdaftar dengan RISDA;
- Mempunyai jumlah keluasan milikan tanah 0.1 hingga 4.0 hektar;
- Pemilik tanah yang sah;
- Menyertai Banci Pekebun Kecil Getah 2023 RISDA;
- Mempunyai PAT-G yang masih sah ketika permohonan dibuat (jika ada – wajib untuk peserta JPS dan JAKOA).
Penoreh – Mereka yang menoreh di kebun getah pekebun kecil dan bukan pemilik tanah
- Warganegara Malaysia;
- Penoreh berdaftar dengan RISDA;
- Menoreh di lot berkeluasan 0.1 hingga 4.0 hektar;
- Mendapat pengesahan pemilik tanah/wakil yang sah;
- Mempunyai PAT-G yang masih sah ketika permohonan dibuat (wajib bagi penoreh).
Semakan BMT
Bagi yang telah membuat permohonan, semakan kelulusan BMT boleh dibuat secara atas talian (online) di Portal Pekebun Kecil RISDA:
- Langkah 1: Layari Portal Pekebun Kecil RISDA;
- Langkah 2: Masukkan No. Kad Pengenalan
- Langkah 3: Klik butang ‘Semak.’
- Langkah 4: Status permohonan bantuan dipaparkan.
Rayuan permohonan dibuka kepada semua pekebun kecil dan penoreh getah yang ingin membuat semakan semula permohonan yang ditolak kerana semakan awal mendapati permohonan tersebut tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan bantuan.
Pemohon boleh menghubungi Pejabat RISDA di mana permohonan BMT disemak/diluluskan atau mengemaskini semula permohonanmelalui Portal Pekebun Kecil RISDA sebelum tarikh tutup permohonan rayuan.
Hanya seorang penerima sahaja yang layak menerima bantuan ini bagi satulot yang sama iaitu sama ada pemilik tanah (Pekebun Kecil) atau orang yang menoreh (Penoreh) dan tanpa mengambil kira bilangan ahli kongsi.
Maklumat lebih lanjut berkenaan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) boleh dirujuk di Portal Suara RISDA – DI SINI.