Ini senarai yang layak, cara memohon & tarikh pembayaran Bantuan Musim Tengkujuh RM600

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pihak Kerajaan telah memperkenalkan pelbagai jenis bantuan kewangan, sama ada di peringkat Negeri atau Persekutuan.

Antaranya termasuklah Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) tahun 2022 di bawah RISDA kepada mereka yang berkelayakan. Jumlah pembayaran BMT adalah sebanyak 2 fasa dengan nilai RM300 bagi setiap satu (jumlah keseluruhan RM600). Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan ini:

Syarat-syarat Kelayakan

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Pekebun kecil berdaftar dengan RISDA;
  3. Keluasan 0.1 hektar hingga 2.5 hektar;
  4. Pemilik tanah yang sah bagi Pemilik Pengusaha atau pengesahan dari pemilik tanah yang sah bagi Penoreh Bukan Pemilik;
  5. 1 Lot hanya seorang pekebun kecil sahaja (sama ada pemilik tanah atau penoreh);
  6. Seorang penerima hanya layak menerima bantuan sekali sahaja;
  7. Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah (bagi Penoreh Bukan Pemilik sahaja).

 

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Cara Memohon

Bagi yang menepati syarat-syarat yang ditetapkan, permohonan BMT hendaklah dibuat secara atas talian (online) di Portal Permohonan BMT.

Pemohon juga perlu melampirkan dokumen-dokumen sokongan yang diminta oleh sistem berkenaan bagi tujuan permohonan diproses.

Berkenaan dengan tarikh pembayaran bantuan ini, ia akan dilaksanakan pada bulan November dan Disember 2022 (sebanyak 2 fasa pembayaran).

Tarikh tutup permohonan BMT adalah pada 15 SEPTEMBER 2022. 

Manakala, bagi penerima BMT pada tahun 2021, mereka boleh mengemaskini maklumat terkini pemohon secara atas talian (online) di laman di portal ditetapkan atau hadir ke Pejabat RISDA berhampiran jika memerlukan bantuan.

Maklumat lengkap dan terperinci berkenaan BMT dan permohonan boleh dirujuk DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

E-Tunai/E-Wallet RM300 Setiap Bulan: Senarai Mereka Yang Layak Memohon Bantuan BINGKAS

E-Tunai/E-Wallet RM300 Setiap Bulan: Senarai Mereka Yang Layak Memohon Bantuan BINGKAS

Golongan B40 dan M40 merujuk kepada kategori isi rumah berdasarkan pendapatan bulanan di Malaysia. B40 adalah singkatan bagi “Bottom 40%”…
Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Pada ketika ini, Angkatan Pertahanan Awam kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Jawatan Kosong KTMB Pengambilan Julai 2025: Syarat Kelayakan SPM - Ijazah

Jawatan Kosong KTMB Pengambilan Julai 2025: Syarat Kelayakan SPM - Ijazah

Pada ketika ini, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…