bantuan musim tengkujuh

Bantuan Musim Tengkujuh RM800: Senarai Penuh Mereka Yang Layak & Cara Memohonnya

Musim tengkujuh merupakan fenomena cuaca yang berlaku secara tahunan di Malaysia, terutamanya antara bulan November hingga Mac. Ia biasanya dikaitkan dengan peningkatan hujan lebat, banjir kilat, angin kencang, dan laut bergelora. Fenomena ini bukan sahaja memberi kesan kepada alam sekitar, tetapi turut menjejaskan kehidupan seharian rakyat dalam pelbagai aspek, termasuk ekonomi, kesihatan, pendidikan dan keselamatan.

Bagi masyarakat di kawasan rendah atau berdekatan sungai, musim tengkujuh merupakan satu tempoh yang penuh kebimbangan. Setiap tahun, berita tentang banjir yang menenggelamkan rumah, memusnahkan harta benda, dan memutuskan jalan perhubungan menjadi pemandangan biasa. Penduduk perlu berpindah ke pusat pemindahan sementara dan ada yang kehilangan mata pencarian akibat sawah dan ladang musnah ditenggelami air. Bagi nelayan pula, laut bergelora menyukarkan mereka untuk turun ke laut, sekaligus menjejaskan sumber pendapatan harian.

Dalam bidang pendidikan, musim tengkujuh boleh menyebabkan gangguan kepada pembelajaran apabila sekolah-sekolah terpaksa ditutup kerana dinaiki air atau dijadikan pusat pemindahan sementara. Bagi pelajar yang tinggal di kawasan terjejas, cabaran untuk mengikuti kelas secara konsisten menjadi lebih sukar, apatah lagi jika kemudahan internet dan peranti tidak mencukupi untuk mengikuti pembelajaran dalam talian.

Dari sudut kesihatan pula, hujan berterusan boleh menggalakkan pembiakan nyamuk dan meningkatkan risiko penyakit seperti denggi serta leptospirosis akibat banjir. Air yang tercemar turut memberi kesan kepada kebersihan dan keselamatan makanan serta bekalan air bersih. Oleh itu, kesedaran tentang penjagaan kebersihan dan langkah-langkah pencegahan menjadi sangat penting sepanjang musim ini.

Seiring dengan cabaran yang dibawa oleh musim tengkujuh, keperluan untuk bersedia lebih awal dan mempunyai pelan tindakan kecemasan adalah amat penting. Pemerintah, agensi penyelamat, NGO serta masyarakat setempat perlu berganding bahu dalam usaha menghadapi risiko musim tengkujuh secara lebih sistematik dan terancang. Selain itu, kesedaran individu untuk sentiasa berwaspada, memantau amaran cuaca, serta memastikan perlindungan insurans yang sesuai turut memainkan peranan penting dalam mengurangkan kesan bencana.

Dalam masa sama, pihak Kerajaan juga telah memperkenalkan sebuah bantuan khusus yang dikenali sebagai Bantuan Musim Tengkujuh (BMT). Ini adalah maklumat lanjut tentang bantuan berkenaan.

Bantuan Musim Tengkujuh (BMT)

Bantuan Musim Tengkujuh atau BMT adalah sebuah bantuan tunai yang telah dipekenalkan oleh Kerajaan Persekutuan melalui RISDA. Bantuan ini berobjektif untuk meringankan beban para penoreh apabila tibanya musim tengkujuh.

Kadar BMT ditetapkan sebanyak RM800, tapi dibayar secara berfasa (4 fasa) dengan jakar RM200 setiapnya. Berikut adalah jadual pembayaran BMT:

  • November 2025: RM200
  • Disember 2025: RM200
  • Januari 2026: RM200
  • Februari 2026: RM200

 

Cara pembayaran pula adalah secara kredit terus ke akaun penerima yang layak (seperti mana maklumat yang diberikan ketika permohonan dibuat).

Syarat-Syarat Kelayakan BMT

Bagi setiap permohonan, syaratnya adalah satu lot hanya seorang penerima bantuan sahaja yang layak menerima bantuan sama ada pemilik tanah atau penoreh.

  • Pekebun Kecil Getah (Pemilik Tanah Yang Memiliki, Menguruskan dan/atau Mengusahakan Lot Bertanam Getah):
    • Warganegara Malaysia sahaja;
    • Pekebun kecil yang berdaftar dengan RISDA;
    • Memiliki jumlah keluasan milikan tanah 0.1 hingga 4.0 hektar secara agregat. iv) Pemilik tanah yang sah;
    • Menyertai Banci Pekebun Kecil Getah tahun 2023 RISDA dan/atau Mempunyai Permit Autoriti Getah (PAT-G) LGM yang masih sah ketika permohonan dibuat. vi) Seorang pekebun kecil layak menerima bantuan sekali sahaja.
  • Penoreh Getah (Bukan Pemilik Tanah):
    • Warganegara Malaysia;
    • Penoreh yang berdaftar dengan RISDA;
    • Menoreh di lot berkeluasan 0.1 hingga 4.0 hektar;
    • Mendapat pengesahan daripada pemilik tanah atau wakil yang sah;
    • Mempunyai Permit Autoriti Getah (PAT-G) LGM yang masih sah ketika permohonan dibuat;
    • Seorang penoreh layak menerima bantuan sekali sahaja.

Cara Memohon BMT

Bagi permohonan BMT, ia boleh dibuat secara atas talian (online) di Portal Pekebun Kecil RISDA atau hadir ke Pejabat RISDA terdekat. Permohonan BMT dibuka bermula dari 1 Jun 2025 hingga 30 September 2025.

Dokumen-dokumen yang diperlukan ketika permohonan adalah seperti berikut:

Pekebun Kecil RISDA & Individu

  • Kad pengenalan pemohonan dan salinan
  • Geran asal tanah dan salinan
  • Salinan buku akaun bank yang aktif
  • Mempunyai PAT-G yang masih sah ketika permohonan dibuat (jika ada)

 

Penoreh Bukan Pemilik

  • Kad pengenalan pemohonan dan salinan 
  • Salinan kad pengenalan pemilik tanah  
  • Salinan geran lot yang ditoreh (geran berkomputer) 
  • Salinan buku akaun bank yang aktif  
  • Surat pengesahan daripada pemilik tanah/ wakil yang sah 
  • Mempunyai PAT-G yang masih sah ketika permohonan dibuat (WAJIB bagi penoreh) 

 

Pekebun Kecil Agensi

  • Kad pengenalan pemohonan dan salinan 
  • Geran asal tanah dan salinan (jika memilik tanah bergeran atau mempunyai dokumen hakmilik tanah yang sah) 
  • Salinan buku akaun bank yang aktif 
  • Surat pengesahan daripada agensi 
  • Mempunyai PAT-G yang masih sah ketika permohonan dibuat (WAJIB bagi JPS dan JAKOA) 

 

Maklumat lengkap tentang BMT boleh dirujuk di laman sosial rasmi RISDA – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

STR Fasa 3: Jumlah Bayaran, Penerima dan Tarikh Pembayaran

STR Fasa 3: Jumlah Bayaran, Penerima dan Tarikh Pembayaran

Dalam landskap ekonomi Malaysia yang semakin mencabar, dua kumpulan yang sering menjadi tumpuan dalam perbincangan dasar dan kebajikan ialah golongan…
Jawatan Kosong ILMIA, Jabatan Perangkaan Malaysia: Ambilan Jun 2025

Jawatan Kosong ILMIA, Jabatan Perangkaan Malaysia: Ambilan Jun 2025

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) kini membuka pengambilan bagi jawatan MySTEP Pegawai Penyelidik Kajian Perburuhan di bawah pasukan ILMIA (Institut Maklumat…
Jawatan Kosong FELDA Ambilan Jun 2025: Syarat-Syarat & Cara Memohon

Jawatan Kosong FELDA Ambilan Jun 2025: Syarat-Syarat & Cara Memohon

Pada ketika ini, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…